Wahhabi merupakan satu polemik yang berterusan diperdebatkan sehingga kini. Banyak sekali sumber bacaan yang boleh kita dapat bagi mengikuti polemik mengenai Wahhabi. Di internet juga banyak bahan mengenainya yang boleh di muat turun sama ada dalam bentuk artikel mahu pun buku yang telah dipdfkan. Kepada yang gemar membaca disarankan untuk memiliki sebuah buku baru berkaitan Wahhabi.
Berikut adalah petikan mengenai sinopsis buku di atas:
Sudah menjadi hal yang telah tersebar dan umum di kalangan umat muslimin di Indonesia dan juga Malaysia bahawa majoriti masyarakat fobia dan alergi apabila mendengar nama “Wahhabi”. Entah kerana faktor kebodohan atau doktrin orang-orang yang dianggap berilmu di lingkungannya. Pada hal mereka tidak mengerti apa sebenarnya Wahhabi dan bagaimana dakwah wahhabi itu. Bekas Mufti Mekah, Syaikh Abdul Aziz bin Abdulloh bin Baaz -rahimahullah- mengatakan bahwa orang yang memusuhi dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab (Wahhabi) itu ada dua kelompok.
Pertama adalah kelompok yang berada dalam kolam lumpur kotor kesyirikan. Mereka memusuhi dakwah Wahhabi karena ingin kembali ke dalam kesyirikan. Dakwah yang disampaikan Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab adalah dakwah Tauhid sedangkan kelompok yang membenci dakwah tauhid ini adalah orang-orang yang menyukai kesyirikan.
Kedua, adalah orang-orang yang jahil/bodoh yang telah tertipu oleh para pendakwah kebatilan. Orang-orang yang bodoh tersebut hanya taqlid buta kepada sesama orang jahil atau orang yang dengki. Buku di atas membahas dan membantah sebahagian tuduhan dusta yang ditujukan kepada dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab.
