Program Angkasawan Malaysia memberi dimensi baru kepada masyarakat untuk mengkaji mengenai angkasa lepas. Di satu segi ada yang melihat penglibatan Dr SMS hanyalah hasil usaha pihak tertentu melalui perbelanjaan membeli jet Sukhoi. Tidak dapat dinafikan memang itu pun yang sebenarnya. Namun di sudut lain kita mendapat cetusan untuk menceburi bidang angkasa lepas. Banyak bahan penulisan (rencana, artikel, komentar) mengenai pengembaraan ke angkasa lepas telah muncul di media kita. Baca salah satu contoh di sini.
Suatu hal bersabit perkara yang sama ialah pendaratan manusia pertama ke bulan oleh Neil Amstrong. Ada juga pihak yang menimbulkan perdebatan sama ada peristiwa tersebut betul-betul berlaku atau sekadar propaganda AS. Antara yang pernah menyuarakan bantahan adalah sebuah dokumentari yang diterbitkan oleh Fox TV. Dokumentari berkenaan berjudul “Conspiracy Theory: Did we land on the moon?” yang disiar pada tahun 2001. Beberapa persolan ditimbulkan mempersoal kesahihan Neil Amstrong berada di bulan. Namun ada sebuah artikel yang menjawab segala persoalan tersebut. Artikel berikutnya pula menyatakan bahawa peristiwa Neil Amstrong berada di bulan adalah sahih.
…

November 14, 2007 at 10:30 pm |
[...] Sementara itu penjejakan ke bulan oleh Neil Amstong mewujudkan beberapa polemik termasuk di AS sendiri. Baca tentangnya di sini. [...]
February 19, 2008 at 4:47 am |
[...] peristiwa pendaratan beliau di bulan turut dipersoal oleh banyak pihak. Baca sebuah laporannya di sini. Agak sukar untuk kita menilai siapa yang betul hujahnya dalam perdebatan [...]
February 28, 2008 at 9:13 am |
suatu yg mustahil di bulan ada udara. sedangkan di udara tidak ada kehidupan.
neil amstrong hanya merekayasa agar uni soviet menyerah.
sampai sekarang pun masih jadi kontroversi, anatara pro n kontrak.