Orientalisma merupakan satu topik yang sering diberi perhatian oleh mereka yang mengikuti perbahasan pertembungan di antara Islam dan Barat. Topik ini mula dibincangkan secara meluas pada penghujung tahun 70-an melalui penerbitan besar “Orientalism” oleh Prof Edward Said. Beliau adalah seorang tokoh akademik di Columbia Universiti NY dan berasal dari Palestine.
Kepada pembaca tempatan terdapat sebuah buku asas (foto di atas) mengenai orientalisma yang terhasil melalui usaha pihak pertubuhan Islam yang berpengkalan di Riyadh. Pada asasnya para orientalis meletakkan sasaran penulisan mereka untuk menimbulkan rasa tidak senang terhadap Islam. Baca sebuah ulasan mengenainya di sini.

February 4, 2008 at 4:23 am |
[...] Mauduk orientalisma seharusnya diberi perhatian oleh umat islam untuk kita mendapat pendedahan mengenai usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak yang menentang Islam. Banyak buku telah diterbitkan untuk menangkis serangan para orientalis terhadap Islam. Salah satunya adalah buku Akar Gerakan Orientalisma. [...]