Pekan Tanjung Sedili
Sebuah pekan kecil di daerah Kota Tinggi. Kita mungkin sampai ke sini untuk perjalanan ke Desaru atau ke Tenggaroh. Itu pun bergantung kepada laluan mana yang dipilih! Ada perkhidmatan bas ke Tg Sedili dari bandar Kota Tinggi tetapi tiada stesen bas yang di bina di Pekan Tg Sedili. Bas yang tiba ke sana akan melepak saja berhampiran deretan kedai!
Apa istimewanya pekan Tg Sedili. Ada beberapa perkara yang boleh diceritakan. Satunya ia merupakan tempat kelahiran tokoh sasterawan terkenal Usman Awang. Tg Sedili juga ialah sebuah pusat pendaratan ikan. Waktu pendaratan ikan mungkin waktu sibuk di Tg Sedili.
Jeti pendaratan ikan Tg Sedili
Selain tanpa stesen bas Tg Sedili juga tak punya tandas awam. Ada sebuah petikan berita yang melaporkan perkara tersebut. Ke mana agaknya para pengunjung dan pelawat yang terdesak mencari tempat untuk buang air?
Mungkin penduduk tempatan Tg Sedili boleh membantu …


