Archive for July, 2008

Hassan Palakkode Menukar Agama

July 8, 2008

Laman wikipedia menyenaraikan nama beberapa tokoh yang dikategori sebagai “non-muslim islamic scholars”. Senarai tersebut boleh diperolehi di sini. Antara nama yang disenaraikan termasuklah Karen Amstrong, Michael Bonner, Donald Routledge Hill, Martin Forward dan ramai lagi. Namun salah satu nama yang turut menarik perhatian ialah Hassan Palakkode.

Siapakah Hassan Palakkode dan apa cerita sensasi beliau? Beliau merupakan seorang intelektual yang asalnya Muslim tetapi kini telah menukar agama Hindu. Beliau murtad pada tahun 2000 pada usia 30 tahun dan menukar namanya kepada Kamala Hassan. Berita itu telah mendapat liputan hangat bukan sahaja di negeri kelahirannya Kerala malah ke serata dunia. Baca berita tersebut di sini dan di sini.

– – – – –

Masyarakat sedentary

July 3, 2008

Membaca penulisan seseorang (lebih-lebih lagi bacaan akademik) membantu kita memperoleh idea bagaimana penilaian orang lain terhadap sesuatu budaya. Sebagai contoh apabila membaca buku genre sejarah Islam oleh para penulis Barat mereka menyebut masyarakat Arab pada zaman awal Islam mengamal budaya sedentary. Apakah maksud sedentary?  Sebuah kamus bahasa inggeris memberi makna sedentary sebagai marked by much sitting. Sebuah kamus lain menakrifkan sedentary sebagai characterized by or requiring a sitting posture; accustomed to sit or rest a great deal or to take little exercise. Kamus Dewan menakrifkan perkataan itu sebagai banyak duduk.

Sebagai contoh Mattson dalam sebuah bukunya menulis petikan berikut mengenai budaya orang Arab: For every person in this tribally organized sedentary community, dignity and honor were, to a large extent, commensurate with the status of his or her group

Bahagian depan Masjid Bandar UDA

Ciri-ciri lain yang sering dikaitkan kepada masyarakat Arab ialah nomadic tribes, pastoral, common occurance of raids and inter-tribal. Namun kita harus mengimbangi pandangan tersebut dengan sikap Barat dan para orientalis yang umumnya sering memburuk Islam.

Tokoh Intelektual Dunia

July 1, 2008

Jurnal Foreign Policy (rujuk edisi Julai/August) menyenaraikan 20 tokoh utama intelektual dunia. Pemilihan dibuat berdasarkan kepada sejumlah 100 intelektual yang disenaraikan dalam edisi sebelumnya. Lebih mengujakan apabila melihat 10 nama teratas dipelopori oleh warga Islam dari berbagai negara. Senarai penuh 20 tokoh tersebut adalah seperti berikut (dipetik dari sumber laman asal milik pelajar Indonesia di sebuah universiti di Lyon);

1. Fethullah Gülen, Religious leader • Turkey
2. Muhammad Yunus, Microfinancier, activist • Bangladesh
3. Yusuf Al-Qaradawi, Cleric • Egypt/Qatar
4. Orhan Pamuk, Novelist • Turkey
5. Aitzaz Ahsan, Lawyer, politician • Pakistan
6. Amr Khaled, Muslim televangelist • Egypt
7. Abdolkarim Soroush, Religious theorist • Iran
8. Tariq Ramadan, Philosopher, scholar of Islam • Switzerland
9. Mahmood Mamdani, Cultural anthropologist • Uganda
10. Shirin Ebadi, Lawyer, human rights activist • Iran
11. Noam Chomsky, Linguist, activist • United States
12. Al Gore, Climate change activist, politician • United States
13. Bernard Lewis, Historian • Britain/United States
14. Umberto Eco, Novelist, semiologist • Italy
15. Ayaan Hirsi Ali, Activist, politician • Somalia/Netherlands
16. Amartya Sen, Development economist • India
17. Fareed Zakaria, Journalist, author • United States
18. Garry Kasparov, Democracy activist, chess grandmaster • Russia
19. Richard Dawkins, Biologist, author • Britain
20. Mario Vargas Llosa, Novelist, politician • Peru

Apakah ciri seseorang itu diiktiraf sebagai intelektual? Dari senarai di atas kita harus mengenali siapakah Ayaan Hirsi Ali. Beliau seorang tokoh kontroversi yang pernah mencetuskan konflik dengan penduduk Islam di Belanda. Beliau sering menulis dengan tema pengalaman meninggalkan Islam agama asalnya sewaktu di negara origin beliau Habsyah. Salah sebuah bukunya dengan genre memburuk Islam berjudul The Caged Virgin menjadi international bestseller.  

Sebuah buku terkini karya Ayaan dengan tema yang jelas mempersenda agama asal beliau