Abu Jahal

Kita sering mendengar nama dua Abu dalam sejarah awal Islam – Abu Lahab dan Abu Jahal. Kisah Abu Lahab ramai yang mengingatinya hinggakan termaktub dalam Al-Quran melalui Surah al-Lahab. Tetapi mengenai Abu Jahal mungkin tak banyak yang diketahui melainkan sebagai salah seoarang pembesar Quraisy yang kuat tentangannya terhadap dakwah Nabi Muhammad SAW.

Kalau kita menyelak-nyelak ensiklopedia di perpustakaan pastinya ditemui banyak entri mengenai individu yang hidup pada zaman awal Islam. Termasuklah individu seperti Abu Jahal. Kita harus menyemak di mana entri tersebut diletakkan kerana dalam ensiklopedia Barat namanya dieja sebagai Abu Djahal. Menurut sebuah ensiklopedia (Encyclopaedia of Islam – terbitan Brill) nama sebenar Abu Jahal ialah Abul-Hakam Amr bin Hisham bin Al-Mughirah. Beliau berketurunan Quraisy dari Banu Makhzum dan dilahirkan pada 570 M. Bermakna sama dengan tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW. Ibunya bernama Asma binti Mukharriba dan memeluk Islam serta hayatnya hingga ke tahun 13H/635M.

Abu Jahal merupakan tokoh yang mengetuai Bani Makhzum menggantikan al-Walid bin al-Mughira. Beliau meninggal dunia dalam Perang Badar. Selepas kematiannya pimpinan Bani Makhzum diambil oleh Safwan bin Umayya dan kemudiannya oleh Suhail bin Amir. Selepas itu diambil alih pula oleh anak Abu Jahal sendiri iaitu Ikrima bin Abu Jahal.

Bangunan Blok A – Akademi Pengajian Islam UM

One Response to “Abu Jahal”

  1. nadiah binti muhammad ali Says:

    great!!:D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: