Archive for September, 2009

Imam az-Zahabi

September 28, 2009

Beberapa nama Imam besar telah dimuatkan dalam entri yang lepas seperti Ibnu Qayyim Jauziyyah, Asy-Syatibi dan Ibnu Kathir. Kali ini mari kita kenali seorang lagi Imam besar zaman silam iaitu Imam az-Zahabi. Menurut sebuah artikel di al-fikrah Imam az-Zahabi lahir pada tahun 673H/1274M. Beliau merupakan anak kelahiran Turkmenistan (namanya ada juga gelaran al-Turkmani) dan menuntut ilmu di Syria, Mesir dan Hijaz. Di antara guru beliau adalah Imam Ibnu Taimiyah dan anak murid beliau pula termasuklah Ibnu Kathir.

Imam az-Zahabi juga banyak menulis kitab. Salah satu yang masyur adalah Siyar A’lam An-Nubala. Kitab ini ada terjemahannya dalam bahasa Melayu – Perjalanan Hidup Orang-Orang Mulia. Baca sedikit ulasan mengenai kitab berkenaan di sini – taman ulama.

Nama penuh beliau adalah Muhammad ibn Ahmad ibn ‘Uthman ibn Qaymaz ibn ‘Abd Allah, Shams al-Din Abu ‘Abd Allah al-Turkmani al-Diyarbakri al-Fariqi al-Dimashqi al-Dhahabi. Panjang sekali namanya (petikan dari wikipedia). Imam az-Zahabi wafat pada tahun 748H/1348M di Damsyik dan dimakamkan di Bab as-Shaghir.

Ubudiah

Masjid Ubudiah Bukit Chandan Kuala Kangsar

- – – – -

Tokoh Imam Silam

September 26, 2009

Sering kita mendengar nama banyak tokoh imam silam disebut oleh para ustaz sewaktu berceramah di majlis ilmu sama ada di masjid, surau, rancangan radio, siaran televisyen, tak kira di mana pun. Nama ulama silam akan disebut untuk menguatkan hujah yang disampaikan. Petikan kitab mereka akan dibaca, hujah ulama tertentu akan menjadi sandaran, nasihat mereka akan dipanjangkan. Begitulah kebiasaannya. Malangnya tidak ramai yang mengambil hirau untuk mengenali dengan lebih dekat para ulama yang disebut namanya dalam setiap kuliah tersebut.

Amat molek kalau ada yang tergerak untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai imam ulama silam. Paling tidak tahu nama mereka, bila zaman hidup riwayat mereka dan kalau dapat nama kitab yang mereka tulis. Sebagai panduan berikut ini di senaraikan beberapa nama besar tokoh Imam silam. Senarai berikut disusun mengikut tahun kewafatan ulama berkenaan.

1.  Imam an-Nasaie (lahir pada 214H; wafat pada 303H). Tempat kelahiran beliau Nasa (sebab itu namanya an-Nasaie).

2.  Imam at-Tabari (wafat pada 224H/838M). Beliau menulis Tafsir at-Tabari.

3.  Imam Ibnu Majah (lahir 824M, wafat 887M). Beliau tokoh ulama Mazhab Syafie. 

4.  Imam al-Maturidi (lahir 333H/853M; wafat 944M). Beliau tokoh Mazhab Hanafi.

5.  Imam al-Tabarani (lahir 260H/873M; wafat 360H/970M)

6.  Imam al-Mawardi (lahir 972M; wafat 1058M)

7.  Imam al-Baihaqi (lahir 384H/994M; wafat 458H/1066M)

8.  Imam Ibnu Asyakir (lahir 1106; wafat 1175M)

9.  Imam an-Nawawi (lahir 631H/1234M; wafat 676H/1278M). Beliau lahir di desa bernama Nawa.

10.  Imam az-Zahabi (lahir 673H/1274M; wafat 748H/1348M). Beliau tokoh Mazhab Syafie.

11.  Imam al-Qurtubi (lahir 1214M; wafat 1273M). Beliau tokoh mazhab Maliki dan menulis Tafsir al-Qurtubi.

12.  Imam Ibnu Taimiyyah (lahir 1263M; wafat 1328M)

13.  Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi (lahir 691H/1292M; wafat 751H/1350M)

14.  Imam asy-Syatibi (wafat 790H/1388M)

15.  Imam al-Asqolani (lahir 773H; wafat 852H)

16. Imam as-Suyuti (lahir 1445H; wafat 1505H). Beliau menulis Tafsir al-Jalalain.

 Kangkar Pulai

Masjid Jamek Nur Syahadah, Kg Melayu Kangkar Pulai, Johor

- – – – -

Orientalis Fanatik

September 25, 2009

Menurut sebuah artikel orientalisme merupakan gagasan pemikiran yang telah memberikan kesan yang besar dalam membentuk persepsi barat terhadap Islam dunia dan dunia Islam. Para orientalis telah menyebar pemikiran orientalism demi mencapai objektif yang disimpulkan sebagai 3G – Glory, Gold, Gospel.

Kenali para orientalis yang digolong sebagai fanatik. Mereka dalam golongan ini banyak menyerang Islam terutamanya melalui penulisan mereka. Antara nama yang disenaraikan sebagai fanatik ini adalah (sejumlah lapan belas nama disenaraikan);

1). Ignaz Goldziher (1850-1920)

2). J Maynard

3). Samuel Marinus (S M) Zwemer (1867-1952). Orientalis dan pendawah Kristian pengasas majalah Islamic World di Amerika. Di antara bukunya yang bernada fitnah ialah Islam Memasung Aqidah terbit tahun 1908 M dan Al-Islam yang merupakan kumpulan makalah yang disampaikan dalam Persidangan Kristianisasi II pada tahun 1911 M di Lucknow India. Baca di wikipedia.

4). G Von Grunebaum

5). Arent Jan Wensinck (1882-1939) – orientalis yang sangat memusuhi Islam. Bukunya yang berjudul Aqidah Islam yang diterbitkan dalam tahun 1932 mengandungi banyak kecaman terhadap Islam.

6). Kenneth Cragg

7). Louis Massignon (1883-1962). Pendakwah Kristian berbangsa Perancis, pernah menjadi penasihat kepada Departmen Jajahan Perancis Berkenaan Afrika Selatan. Bukunya yang terkenal ialah Hallaj – Sufi yang Syahid dalam Islam terbit pada tahun 1922 M.

8). Duncan Black (D B) Macdonald (1863-1943). Orientalis dan pendakwah Kristian berbangsa Amerika seorang yang terkenal fanatik. Ia menulis buku Perkembangan Ilmu Kalam, Fiqh dan Teori Undang-Undang Negara, terbit pada tahun 1930 dan buku Sikap Agama Terhadap Kehidupan Menurut Islam terbit pada tahun 1908. Baca di wikipedia.

9). M Green

10). D S Margoliouth

11). Arthur John Arberry (1905-1969). Beliau adalah orientalis Inggeris yang sangat fanatik memusuhi Islam. Bukunya terkenal antara lain adalah – Islam Dewasa Ini; terbit tahun 1943 M. Buku Tasawuf, terbit pada tahun 1950 M.

12). Barron Carra de Veux

13). Hamilton Alexander Roskeen (H A R) Gibb (1895-1971 M) orientalis berbangsa Inggeris penulis buku Mohammedanism diterbitkan dalam tahun 1947 dan Aliran-aliran Moden dalam Islam yang diterbitkan juga dalam tahun 1947. Baca di wikipedia.

r_s_nicholson

Reynold A Nicholson, 1868-1945 (sumber – sologak1)

14). Reynold Alleyne (R A) Nicholson (1868-1945). Beliau merupakan orientalis berbangsa Inggeris yang menolak aspek kerohanian Islam. Ia menganggap Islam sebagai agama materialistik dan tidak mengakui keluhuran manusia. Bukunya yang terkenal ialah Sufi-Sufi Islam (1910) dan Sejarah Kesussasteraan Arab (1930).

15). Henry Lammens (1862-1937). Orientalis fanatik yang menulis buku Al-Islam dan Tha’if. Dia juga salah seorang sidang pengarang Ensiklopedia Islam. Beliau berbangsa Perancis dikategori sebagai tersangat fanatik. Mendakwa Nabi tidak menyukai perpaduan. Telah banyak mengubah fakta sejarah Islam seperti mengubah tarikh lahir Nabi SAW serta membuat gambaran jahat terhadap Fatimah az-Zahra. Baca mengenai beliau di wikipedia.

16). Joseph Schacht (1902-1969). Beliau terkenal sebagai orientalis Jerman yang sangat fanatik memusuhi Islam. Penulis buku Usul Fiqh Islam.

17). Blacherch (nama ini tak jumpa pula di wikipedia)

18). Alfred Guillaume (1888-1966). Beliau dinamakan sebagai orientalis yang memusuhi Islam. Guillaume telah menterjemah Kitab Sirah oleh Ibnu Ishaq ke bahasa Inggeris yang terbit pertama kali pada tahun 1955.

 matang gerdu

Masjid Jamek Matang Gerdu Bagan Serai

- – – – -

Orientalis Etienne Dinet

September 22, 2009

Orientalis Etienne Dinet tersenarai namanya dalam buku Biografi Tokoh Orientalis (terjemahan oleh Ustaz Mohd Fikri – buku asal oleh al-A’lam al-Zarikli). Menyelak-nyelak buku Ensiklopedia Orientalis oleh Abdrrahman Badawi tidak pula menemui nama Dinet di sana. al-Zarikli menulis kitab mengenai tokoh orientalis pada tahun 1912. Tidak dapat dibayangkan bagaimana gigihnya al-Zarikli mencari maklumat dalam suasana ketika tiada teknologi ICT sebagaimana hari ini.

Al-Zarikli menulis mengenai orientalis Etienne Dinet yang berasal dari Perancis dan telah menghabiskan banyak masanya di perkampungan bersama Muslim di Algeria. Nama penuh beliau adalah Alphonse Etienne Dinet, lahir pada tahun 1861. Dinet merupakan seorang artis terkenal yang banyak menghasilkan lukisan tema ketimuran.

dinet_portrait

Sebuah lukisan – Self Potrait – oleh Dinet (sumber klik sini)

al-Zakrili juga menulis bahawa Dinet telah memeluk Islam pada tahun 1927 dan memilih nama Nasiruddin Dinet (di eja juga sebagai Nasr’Eddine). Ada catatan mengatakan beliau mula memeluk Islam pada 1908 dan menukar nama kepada nama Muslim pada 1913. Semasa hayatnya Dinet telah menulis sebuah kitab sirah dalam bahasa Perancis berjudul “Mohamet”. Beliau meninggal dunia pada tahun 1929 di Paris dan atas wasiat permintaan sendiri telah dikebumikan di Algeria.

Satu fakta menarik mengenai Dinet – beliau dikatakan orang pertama yang menggunakan perkataan Islamophobia. Perkataan tersebut beliau tulis dalam sebuah essei yang diterbitkan pada tahun 1922.

Baca petikan berikut dari sebuah sumber – libertysecurity;

“… the term Islamophobia appeared in an essay by the Orientalist Etienne Dinet in L’Orient vu de l’Occident (1922), it is only in the 1990s that the term became common parlance in defining the discrimination faced by Muslims in Western Europe.”

orientalis

Dua buah buku mengenai tokoh orientalis

- – – – -

 

Orientalis Terima Islam

September 21, 2009

Para Orientalis sememangnya diakui sebagai golongan Barat yang memfokus aktiviti mereka kepada pengkajian mengenai hal-hal ketimuran termasuk agama Islam. Mereka mengkaji dan membuat penyelidikan mengenai Islam untuk berbagai matlamat. Secara umum objektif utama para orientalis tersebut adalah untuk mencari kesalahan dan memberi imej negatif terhadap Islam. Ustaz Mohd Fikri menyenaraikan lima matlamat utama para orientalis iaitu – keagamaan, keilmuan, ekonomi & perdagangan, politik penjajahan, dan yang kelimanya kebudayaan. Ustaz Fikri banyak mengkaji mengenai orientalisme dan menyediakan sebuah blog khusus mengenai orientalisme – minda orientalis.

Dalam keghairahan para orientalis mengkaji dan mencari kelemahan Islam terdapat sebahagian mereka yang ikhlas dengan keilmuan yang mereka gali. Malah ramai pula yang akhirnya menerima dan memeluk Islam. Antara nama besar orientalis yang menerima Islam adalah Marmaduke Pickthall (warga British), Henri Leon berasal dari German (nama Muslim beliau Harun Mustafa Leon) dan pelukis terkenal bangsa Perancis Alphonse Etienne Dinet (Nasiruddin Dinet).

 masjid geliga

Masjid Kampung Geliga, Kemaman

Mohammed Marmaduke Pickthall (April 7, 1875 – Mei 19, 1936) adalah seorang novelis dan memeluk Islam pada tahun 1917 di London. Sumbangan besar beliau adalah menterjemah Al-Quran ke bahasa Inggeris (The Meaning of Glorious Quran). Baca artikel mengenai beliau menerima Islam di sini – jurnal koinonia tahun 2004.

- – – – -

KB – penginapan bajet

September 20, 2009

Kalau datang ke KB dan menginginkan penginapan bajet boleh mencuba sebuah hotel di tepi sungai – Hotel Destiny. Bilik standard saiznya agak kecil. Kalau datang dengan keluarga satu bilik mungkin tak muat. Tapi dengan kadar harga bilik Rm80 semalam sewa dua atau tiga bilik sama harga dengan hotel mewah.

Destiny Hotel

Hotel Destiny

Destiny Hotel Room

Bilik standard – basic amat dan agak kecil

Hotel Destiny beroperasi di sebuah bangunan kedai yang baru siap betul-betul di tepian sebuah sungai.  Lokasinya agak strategik dan banyak restoran bersebelahan hotel. Nak makan memang tak susah dan banyak meja makan disediakan di tepi sungai dengan pemandangan menarik.

Destiny n 2

Hotel, restoran dan meja makan tepi sungai 

Jeti Destiny

Pemandangan jeti tepi sungai

Jeti Destiny 2

Jeti berdekatan pejabat kastam

Hotel bajet ini juga letaknya berdekatan dengan Pasar Khadijah (PK). Kalau nak ke PK boleh berjalan kaki sahaja dan boleh melawat beberapa lokasi menarik dalam perjalanan ke PK. Antaranya jeti tepi sungai, bangunan kastam lama, dan Masjid Muhammadi. 

Kastam Lama

Pejabat Kastam lama (sekarang sudah berpindah ke lokasi lain)

Masjid Muhammadi

Masjid Muhammadi

(dengan pemandangan bangunan hotel destiny dan apartmen di belakang)

- – – – -

Nota – entri di atas adalah yang akhir mengenai catatan melawat KB. Berikutnya akan disambung pula beberapa entri mengenai orientalisme.

- – – – -

KB – Tarikan Pelancung

September 18, 2009

Berdekatan Pasar Khadijah terdapat beberapa tempat yang tersenarai sebagai tarikan pelancungan. Para pengunjung yang melawat Pasar Khadijah jangan lepaskan peluang untuk singgah sama di tempat-tempat berkenaan. Kesemua tempat tumpuan tersebut dalam jarak berjalan kaki sahaja Pasar Khadijah. Antaranya adalah Kampung Kraftangan, Muzium, Masjid, Istana.

 Pusat Kraf

Kampung Kraftangan

Kampung Kraftangan bukanlah kampung sebenarnya tetapi sebuah kompleks menempatkan ruang pameran dan gerai jualan barangan kraft tradisional Kelantan.

Signage Kraf

Signage Pusat Kraft (Tourism M’sia)

Belakang Kraf

Pintu Masuk Kampung Kraft

 Masjid 2

Masjid Muhammadi

Masjid 1

Bangunan Solat Untuk Jemaah Lelaki

Memorial Hall

Bangunan Memorial Perang

Memorial Signage

Signage Dewan Memorial

Muzium Raja Istana Batu

Muzium Di Raja – Istana Batu

Istana Lama

Muzium Islam 

(dulunya Pejabat MAIK hingga 1990 dan rumah Menteri Besar 1900-1920 – baca di sini)

Gerai Terbuka

Gerai jualan terbuka berhampiran Muzium Di Raja

Stesen Bas Tower

Pintu Gerbang berhampiran perhentian bas ekspress

Gedung Baru 2

Bazar Tengku Anis – Sebuah gedung perniagaan baru siap

Projek dibina oleh Syarikat Sensatimur dengan kerjasama MPKB-BRI. Kebanyakan lot niaga telah dibeli oleh MPK sendiri. Baca di sini – mpkb.  Kalau tidak silap gedung ini dibangunkan oleh syarikat milik Tengku Anis (Raja Perempuan K’tan).

McD Khadijah 2

Premis McDonalds berdekatan Pasar Khadijah

Pelangi Mall

Pelangi Mall

Kompleks Pelangi Mall sudah siap pembinaannya tetapi belum membuka perniagaan (pada Ogos 09).

- – – – -

KB – Pasar Siti Khadijah

September 13, 2009

Dalam kesempatan berkunjung ke bandar Kota Bharu menginap disebuah hotel bajet berdekatan tepi sungai. Lokasi penginapan tersebut agak strategik juga kerana berdekatan dengan Pasar Khadijah. Terdapat juga beberapa tempat tarikan pelancung seperti Masjid Muhammadi (Masjid Negeri), Bangunan Memorial, Kampung Kraftangan, Istana Lama dan beberapa yang lain. Lihat beberapa foto yang di ambil di Pasar Siti Khadijah  

signage khadijah

Signage Pasar Khadijah (Tourism M’sia)

Pasar Khadijah

Pintu Masuk Pasar Siti Khadijah

Pasar Khadijah2

Suasana niaga Pasar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah mengambil nama isteri Baginda Nabi Muhammad SAW. Amat kena nama tersebut kerana peniaga di Pasar didominasi oleh golongan wanita. Baca catatan cekmekmolek tentang hal ini. Sebelum dinamakan PSK ia dikenali dengan nama lama Pasar Besar Buluh Kubu. Baca mengenainya dari nota penerangan mpkb.

McD Khadijah

Sebuah restoran McDonalds berhampiran Pasar Siti Khadijah

Musola Barqah

Masjid Al-Barqah Pasar Siti Khadijah

Pada setiap kali masuk waktu solat peniaga akan menghenti perniagaan dalam tempoh 15 minit untuk mereka bersolat di Masjid Al-Barqah.

Musola Khadijah

Pemandangan lain Masjid Al-Barqah

- – – – -

Sebuah tesis ijazah pertama bertajuk ‘cadangan pembinaan semula PSK’ telah ditulis oleh pelajar senibina utm pada tahun 2004. Abstrak tesis tersebut boleh baca di sini – klik fabutm.

Dari sudut kebersihan al-brangi membandingkan pasar basah di tiga bandar pantai timur iaitu Kuantan, KT dan KB. Antara tiga pasar tersebut beliau menyimpulkan pasar Kuantan sebagai paling bersih.

- – – – -

Pantai Cahaya Bulan

September 10, 2009

Pantai Cahaya Bulan (PCB) merupakan satu lagi ikon pelancungan Negeri Kelantan. Terletak tidak jauh dari bandar Kota Bharu PCB dulunya dikenali dengan nama Pantai Cinta Berahi.

signage

Signage PCB (Tourism M’sia)

- – – – -

bongkah batu

Bongkah batu penahan hakisan pantai

Keadaan pantai di PCB terkesan oleh hakisan dan banyak bahagiannya telah ditambak bongkah batu besar untuk mengelak dari lebih teruk. Apa yang nyata tahap kebersihan PCB amat menyedihkan. Sampah bertaburan dengan polysterine bekas makanan bersepah merata-rata sekali pun tempat membuang sampah disediakan.

dirty beach

Sampah bertaburan di PCB

rubbish

Gerai makan dan sampah bertaburan

Lebih menyakit mata melihat keadaan gerai menjual makanan yang kotor dan comot. Mungkin mereka beroperasi pada malam hari jadi keadaan yang kotor tidak begitu nampak. Para pelancung yang datang berkunjung tentu pulang dengan persepsi yang negatif melihat suasana di PCB.

the rubbish pile

Gerai makan dengan longgokan sampah berdekatan

gerai ok

Ada juga gerai yang kelihatan okay

PCB terletak di bawah pentadbiran MPKB  oleh itu mereka patut mengambil langkah lebih proaktif meningkatkan taraf kebersihan persekitaran. Lebih elok kalau dapat diusahakan pembinaan semula gerai makanan dengan menaik taraf supaya kelihatan menarik, kemas dan bersih.

corner cafe

Sebuah gerai di korner jalan

Beberapa usaha penyediaan infrastruktur oleh MPKB telah terlaksana seperti menyediakan kawasan wakaf dan membina menara tinjau. 

wakaf

Fasiliti wakaf PCB

tower

Menara tinjau PCB

- – – – -


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.