Adian Husaini adalah tokoh ilmuan Indonesia yang amat terkenal dengan usaha menentang pemikiran Islam liberal khususnya di Indonesia. Beliau banyak menulis artikel dan opini yang disebarkan melalui laman hidayatullah. Terkini beliau telah menghasilkan dua buah buku sebagai tambahan koleksi tulisan ke arah menyekat ancaman virus Islam liberal di Indonesia. Dua buku tersebut adalah Virus Liberalisme di Perguruan Tinggi Islam dan Membendung Arus Liberalisme di Indonesia. Waktu cuti sekolah ini sempat juga ke toko buku Pustaka Fajar Ilmu di Wisma Yakin dan ternyata buku tersebut telah ada dalam stok jualan mereka.
Virus Liberalisme – 242 m/surat (Rm29-50)
Membendung Arus Liberalisme – 498 m/surat (Rm55-50)
Menariknya dua buah buku tersebut memaparkan buat pertama kali nama beliau di tulis dengan gelaran Dr Adian Husaini. Beliau baru sahaja memperolehi PhD (pada April 2009) dari UIAM. Adian Husaini berhasil mempertahankan disertasinya yang berjudul “Exclusivism and Evangelism in The Second Vatican Council - A Critical Reading
of the Second Vatican Council’s Documents in the Light of the Ad Gentes and the Nostra Aetate.”
Kajian Disertasi beliau adalah di bawah seliaan PM Dr. Kamar Oniah Kamaruzaman, seorang pakar Comparative Religion dari IIUM. Para pemeriksanya pula adalah PM Dr. Nasr Eldin Ibrahim Ahmed (IIUM), PM Dr. Khadijah Mohd.Hambali (Pakar Perbandingan Agama dari Universiti Malaya), Dr. Uthman Muhammady (IIUM), dan Prof. Dr. Ibrahim Zein (IIUM). Disertasi Adian dinyatakan lulus dengan predikat “Very Good PhD Thesis”.
Baca laporan ringkas mengenai disertasi beliau di sini. Baca pula tentang penentangan terhadap Islam liberal di sini – anti-islamlib. Lima elemen utama yang diketengahkan oleh kelompok JIL adalah liberalisme, pluralisme, sekularisme, feminisme, dan hermeneutika.
- – - – -

