Seksyen di Shah Alam

Sesekali bila ke Shah Alam pening juga membaca tanda jalan di sana. Penuh dengan Seksyen 2, 4, 6, 7 dan banyak lagi tetapi tidak pula lokasinya ikut susunan – melompat-lompat tak menentu hala. Macam mana para perancang bandar mengatur lokasi Seksyen tersebut? Ada berapa banyak seksyen di Shah Alam?

Terbaca maklumat di sebuah tempat yang menyebut bahawa Shah Alam telah ada 34 buah seksyen. Mulai dari Seksyen 1 sampailah Seksyen 34. Selain itu telah ada pula sebilangan enam seksyen yang menggunakan urutan U (i.e., U1, U2, U5, U8, U10 dan U11). Seksyen U1 (kawasan Glenmarie) dan Seksyen U11 (Bukit Bandaraya).

Bangunan Kolej Mawar Uitm (Seksyen 1 kot !)

Maklumat tersebut menambah bahawa nama jalan di setiap seksyen di susun menurut tema tertentu seperti senarai berikut (klik sumber);

Seksyen 1 (Universiti Teknologi Mara) bertemakan pendidikan
Seksyen 2 bertemakan jenis bunga
Seksyen 3 bertemakan jenis pokok
Seksyen 4 bertemakan jenis buah-buahan
Seksyen 5 (Pusat pentadbiran) bertemakan pentadbiran
Seksyen 6 bertemakan jenis burung
Seksyen 7 bertemakan jenis permata dan galian
Seksyen 8 bertemakan bentuk muka bumi
Seksyen 9 bertemakan Kesultanan Melayu Selangor
Seksyen 10 bertemakan jenis pakaian
Seksyen 11 bertemakan kebudayaan dan kesenian
Seksyen 12 bertemakan salasiah pentadbiran kerajaan Melayu dahulu
Seksyen 13 bertemakan sukan
Seksyen 14 (Pusat Bandaraya) bertemakan bidang-bidang korporat
Seksyen 15 bertemakan alatan tangan
Seksyen 16 bertemakan perlombongan bijih timah
Seksyen 17 bertemakan jenis ikan
Seksyen 18 bertemakan tumbuhan di kawasan pantai
Seksyen 19 bertemakan jenis pekerjaan di kawasan pantai
Seksyen 20 bertemakan jenis haiwan
Seksyen 21 (Tanah Perkuburan) bertemakan perkuburan
Seksyen 23 bertemakan perusahaan
Seksyen 24 bertemakan jenis sayur-sayuran
Seksyen 25 (Taman Sri Muda) bertemakan nilai-nilai murni
Seksyen 26, 27 dan 28 bertemakan daerah dan nama tempat di Selangor
Seksyen 31 (Kota Kemuning) bertemakan bunga anggerik sebagai Bunga Rasmi Shah Alam
Seksyen 32 (Bukit Rimau) bertemakan sungai-sungai yang terdapat di Selangor
Seksyen 33 bertemakan jenis alatan muzik
Seksyen 34 bertemakan jenis bahagian dalam kereta
Seksyen U1 (Glenmarie) bertemakan kerjaya
Seksyen U2 bertemakan kesusasteraan
Seksyen U5 bertemakan bumi dan alam semesta
Seksyen U8 bertemakan bahagian-bahagian dalam rumah
Seksyen U10 bertemakan pulau-pulau
Seksyen U11 (Bukit Bandaraya) bertemakan gunung-gunung yang terdapat di Selangor

- – - – - 

2 Responses to “Seksyen di Shah Alam”

  1. meera Says:

    saya nk tanye tentang bentuk muka bumi di seksyen 27 shah alam??

  2. wano Says:

    thanks for the info. seronok 1 rumah bace. haha :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: