Pada tahun 70-an usaha menanam koko amat mendapat sambutan. Banyak pekebun kelapa turut mengusahakan koko secara kontan atau selingan dalam kebun masing-masing. Rumah para pekebun kelapa yang mengusahakan koko sentiasa ada longgokan buah koko. Ketika basah longgokan koko tersebut mengeluarkan bau masam tetapi bila sudah kering bau tadi bertukar kepada bau koko sebenar.
Menurut statistik LKM 10 tahun lalu penanaman koko diusahakan dengan keluasan 420,000 hektar. Kini hanya tinggal 20,000 hektar sahaja. Sabah merupakan negeri utama penanaman koko dengan keluasan 12,000 hektar. Kemana perginya keluasan 400,000 yang tidak lagi ditanam koko. Kebanyakan mereka telah digantikan dengan tanaman kelapa sawit.
Harga pasaran koko kini adalah Rm3,000 setiap metrik tan. Harga kelapa sawit juga adalah hampir sama. Persoalannya kenapa ramai yang memilih kelapa sawit berbanding koko. Salah satu sebabnya adalah koko memerlukan penjagaan yang lebih dan buruh yang ramai berbanding kelapa sawit. Oleh itu upah pekerja untuk tanaman koko tentulah jauh melebihi kelapa sawit.
Indonesia merupakan pengekspot koko utama ke Malaysia untuk menampung penggunaan industri tempatan. Indonesia juga merupakan negara ketiga pengusaha koko terbesar di dunia.
Coklat (harganya Rm9-90 kalau beli di KLIA)
Baca tentang aspek teknikal koko di sini – jab pertanian manjung; dan sebuah entri lain mengenai potensi tanaman koko – mohamadsobree.
- – - – -

June 28, 2010 at 4:25 am |
Info yang berguna tetapi bole x sy tau berapakah keluasan tanaman koko di negeri kedah? thanks atas info yang diberikan..
June 28, 2010 at 10:08 am |
Suzana,
Terima kasih kerana membaca entri di geopractice. Mohon maaf kerana saya tak punya maklumat untuk menjawab soalan ttg tanaman koko di Kedah. Cuba lawati web Lembaga Koko M’sia. Mungkin ada sesuatu di sana yang boleh membantu.