Archive for July, 2010

Projek Trek Berkembar KTM

July 25, 2010

Projek membina landasan berkembar KTM masih berjalan dalam beberapa peringkat. Fasa pembinaan bagi jajaran Seremban – KL – Ipoh telah pun siap. Jajaran Ipoh ke Rawang siap pada 2007 dengan kos Rm6 bilion. Perkhidmatan tren laju dari Ipoh ke KL dijangka mula beroperasi dalam tempoh terdekat.

Pembinaan bagi trek Ipoh ke Padang Besar masih berjalan dan tempoh jangka siap menjelang 2013. Trek dari Gemas – Johor Bahru juga dijangka siap pada tempoh yang sama. Bermakna rangkaian keretapi trek berkembar dari Padang Besar terus ke JB sedia untuk diguna sekitar tahun 2013.

Projek Ipoh – Padang Besar adalah sejauh 329 km dibina oleh MMC dan Gamuda dengan kos Rm12.5 bilion. Fasa dari Seremban – Gemas dibina oleh Ircon International Ltd dengan kos Rm3.45 bilion dan jangka siap pada 2012. Fasa terakhir dari Gemas ke JB menelan belanja Rm8 bilion. Kontrak pembinaan belum diumum namun ia dijangka siap pada 2013.

Ruang Menunggu Stesen KTM JB Sentral

– – – – –

Muslim Nordic dan Baltic

July 19, 2010

Nordic dan Baltic adalah dua wilayah yang terletak di Eropah Utara. Wilayah Nordic terdiri dari negara Norway, Denmark, Sweden dan Finland. Selain itu turut terangkum dalam negara Nordic adalah Iceland dan Kepulauan Faroes. Baltic pula adalah terdiri dari negara Estonia, Latvia dan Lithuania. Sunggoh pun terletak jauh di Eropah Utara namun syiar Islam tetap berkembang di sana. Sebuah buku “Islam in the Nordic and Baltic Countries” telah ditulis (terbitan tahun 2009) mengenai suasana dan perkembangan umat Islam yang tinggal di negara Nordic dan Baltic. Berikut adalah statistik bilangan warga Muslim yang mendiami negara berkenaan yang dipetik dari buku tersebut. Statistik tersebut berdasarkan bancian tahun 2007; 

Iceland – 352 orang (berbanding jumlah penduduk seramai 110,000 orang)

Denmark – 190,000 (jumlah penduduk 3.5 juta)

Norway – 120,000 (jumlah penduduk 2.5 juta)

Sweden – 350,000 ke 400,000 (jumlah penduduk 3.8 ke 4.4 juta)

Finland – 40,000 (jumlah penduduk 800,000)

Estonia – 10,000 (jumlah penduduk 400,000)

Latvia – 10,000 (jumlah penduduk 500,000)

Lithuania – 4,500 (jumlah penduduk 100,000)

Sebuah bangunan unik di Talinn (ibukota Estonia)

– – – – –

Statistik Penonton Piala Dunia

July 2, 2010

Bila menonton siaran langsung Kejohanan Piala Dunia di Afrika Selatan ternyata tempat duduk stadium tidaklah penuh semuanya. Masih banyak kerusi yang kosong. Tetapi menurut statistik yang dikeluarkan bilangan penonton di Afrika Selatan adalah dijangka paling ramai berbanding Piala Dunia yang sebelumnya. Sehingga kini 2.69 juta penonton hadir ke stadium. Rekod kehadiran penonton kejohanan lepas adalah;

1994 – Amerika Syarikat – 3.59 juta

2006 – Jreman – 3.36 juta

1998 – Peranchis – 2.79 juta

2002 – Korea Selatan / Jepun – 2.71 juta

Stadium Chelsea

– – – – –