Archive for September, 2011

Artikel Sejarah Penjajahan Malaya

September 24, 2011

Ada juga baiknya apabila Mat Sabu membuat heboh tentang sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan. Setidak-tidaknya isu tersebut memberi ruang kepada mereka yang meminati sejarah untuk mencari bahan bacaan berkaitan topik yang disebut. Banyak bahan bacaan berupa artikel, tesis dan sebagainya yang boleh diperolehi (seperti dinyatakan dalam senarai di bawah). Bacalah bahan-bahan tersebut sebagai mengimbangi segala pandangan yang dimuatkan dalam akhbar dan media tempatan.

1. The British legacy on the development of politics in Malaya. Artikel oleh Mohd Rizal bin Mohamad Yaakop terbit dalam Tawarikh: International Journal for Historical Studies, 2, (1), 2010, pp 41-59. Dr Mohd Rizal ialah seorang Pensyarah Kanan di UKM

2. British colonial rule, Japanese occupation, and the transformation of Malay Kingship 1930s – 1957. Artikel oleh Kobkua Suwannathat-Pian terbit dalam NZ Journal of Asian Studies, 11, 1, June 2009, pp 106-131. Penulis artikel merupakan seorang Profesor Sejarah di UPSI

3. Women and warfare in Malaysia and Singapore, 1941-1989. Artikel tulisan Mahani Awang terbit dalam Biblio Asia, April 2010, pp. 12-18

4. Religio-Political activism of Ulama in Malaysia, MA Thesis, Dept of History, NUS, 2006. Tesis ditulis oleh Mohamed Nawab bin Mohamed Osman.

Muzium Negeri, Kuala Terengganu

– – – – –

Perkembangan Penterjemahan Ilmu Zaman Abbasid

September 8, 2011

Pada peringkat awal perkembangan ilmu zaman Abbasid tertumpu kepada usaha mengumpul buku-buku dari luar Arab. Buku-buku dibawa masuk dari Greek, Parsi dan juga India dan diterjemah ke bahasa Arab. Usaha penterjemahan didominasi oleh para pakar bukan-Muslim. Menurut Sarton (1975) kebanyakan mereka beragama Kristian.

Sarton menegaskan sejumlah lapan penterjemah yang ada pada peringkat awal yang mana enam orang adalah Kristian. Cuma seorang sahaja berbangsa Arab manakala seorang lagi adalah Parsi. Mereka telah berusaha keras menterjemah buku-buku perubatan Greek yang ditulis oleh Hippocrates dan Galen. Penterjemahan dilakukan ke bahasa Syriac dan kemudiannya ke bahasa Arab. Nama penterjemah Kristian yang menyumbang adalah Yahya ibn Batriq, Ibn Sahda, Salmawayh ibn Bunan, Ibn Masawayh (wiki) dan Ayyub al-Ruhawi (wiki).

Baca “Introduction of the History of Science” oleh G Sarton, Robert E. Krieger Publishing Company. 1975.

“Muslims and non-Muslim collaboration: Catalyst to the scientific and technological excellence of the Abbasid era” oleh akademik dari ukm. [Folder: D 1 2020 sejarah negara – muslim science writer ukm].

Sebuah exhibit di Galeri Arkeologi Lenggong

– – – – –

Aidilfitri dan 2 Mat

September 2, 2011

Sambutan Aidilfitri tahun hijrah 1432 sudah masuk ke minggu kedua. Sepanjang tempoh Syawal dan sejak beberapa hari terakhir Ramadan media negara dipenuhi dengan liputan 2 tokoh bernama Mat. Berita mengenai mereka muncul dalam setiap berita di TV dan mendapat ruang di muka depan akhbar. Mereka ialah Mat Sabu dan Mat Indera. Tidak cukup dengan TV dan akhbar kehangatan  berita mengenai mereka diteruskan pula oleh begitu banyak laporan polis yang dibuat oleh para pengadu.

Isu Mat Sabu ini dimulakan dalam satu ceramah bersempena sambutan kemerdekaan beberapa hari sebelum Raya Puasa. Kebetulan pula tahun ini sambutan kemerdekaan jatuh pada 2 Syawal maka ribut Mat Sabu terus berpanjangan. Ribut ini pastinya berterusan menjelang sambutan resmi kemerdekaan iaitu pada 16 September.

Hamper Aidilfitri

– – – – –

Mat Indera – 26975