Archive for January, 2012

Al-Furqan Ayat 4

January 17, 2012

Surah Al-Furqan Ayat 4 – Dan orang yang kafir itu berkata “(Al-Quran) ini hanyalah satu perkara dusta yang direka-reka oleh Muhammad dan dia dibantu membuatnya oleh kaum yang lain.”

Tafsir al-Maraghiy menyebut bahawa ayat ini turun berkaitan dengan al-Nadr ibn Harith yang membuat tuduhan berkenaan. Kaum yang lain dalam ayat dinukil kepada ‘Addas iaitu hamba kepada Huwaytib ibn ‘Abd al-Uzza dan Yassar iaitu hamba kepada al-‘Ala ibn al-Hadramiy dan Abu Fukayhah al-Rumiy. Mereka adalah ahli kitab yang beramal dengan Taurat. Mereka kemudiannya menganut Islam dan sentiasa didampingi oleh Nabi Muhammad SAW.

Besar juga blok ofis ini – siap ada blok extension

– – – – –

Destinasi halal-friendly

January 14, 2012

Negara-negara OIC memanglah negara majoriti rakyatnya Muslim. Antara banyak negara OIC mana pula yang dikatakan sebagai destinasi halal-friendly. Menurut sebuah ranking negara yang dipilih ialah Malaysia, Egypt, Turkey, Indonesia, UAE, Morocco, Tunisia, Jordan, Brunai, dan Qatar. Ranking tersebut dibuat oleh Crescentrating. Ciri yang digunakan dalam ranking destinasi halal-friendly ialah ” it had much to offer Muslim travellers”.

Bagi negara bukan OIC pula destinasi pilihan ialah Bosnia & Herzegovina, Singapore, South Africa, Sri Lanka, Gold Coast (Australia), New Delhi, London, Bangkok, Munich, dan Vienna.

Antara faktor yang diambil kira sebagai halal-friendly ialah facilities and services provided by those countries to Muslim visitors, such as halal food, halal-certified restaurants, mosques availability and family-friendly attractions.

Blok ofis dan sekitarnya

– – – – –

Penulis Artikel Q & A

January 8, 2012

Majalah bercorak Islami mulai muncul di pasaran melalui Isu Perdana pada Disember lalu. Cetakan pertama Q&A dihasilkan pada Nov 16,2011. Penggerak utama penerbitan majalah Q&A ialah Ustaz Zul Ramli 3. Beliau merupakan Editor Kanan yang juga seorang penulis dan perunding motivasi  (baca blog beliau di sini – zulramli). Artikel yang dimuat dalam Q&A ditulis oleh deretan penulis yang terdiri dari nama yang sudah sedia dikenali ramai. Mereka adalah;

1. Datuk Hj Wan Zahidi Wan Teh (Mufti WP)

2. Dr Mohd Shafie Md Amin Al-Muqri (Pengasas Kaedah Sistematik Al-Huffaz)

3. Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz

4. PM Dr Wan Suhaimi Wan Abdullah (API UM)

5. Ustaz Zawawi Zakaria (SU Agong Pertubuhan Hipnoterapi M’sia)

6. Ustaz Muhadir Haji Joll (Pusat Asasi UIAM) 2

7. Akbar Ali Abdul Razak (Accelerated Learning Consultancy)

8. Syaed Hassan Muhammad Al-Attas (Imam Masjid Ba’alawi S’pore)

9. Ustaz Rujhan Mohamed Razali (Personaliti Radio – Pendakwah) 2 artikel

10. Ustaz Ahmad Lutfi Al-Linggi (Akademik Tahfiz Kota Damansara)

11. Ustaz Raja Ahmad Mukhlis – 2 artikel (jomfaham – protajdid)

12. Ustaz Shahrul Zaman Lukman (Editor Agama)  – 3

13. Prof Dr Muhaya Mohamad (Pakar Perunding Mata)

14. Ustazah Norhafizah Musa (UTM Jalan Semarak)

14. Hajah Jalilah Hj Abdullah (Mantan Editor Majalah Anis – kini Editor Q&A))

15. Ustazah Maznah Daud (Kaunselor Haji)

16. Dr Nik Yusri Musa (Pensyarah Kanan UMK)

17. Ustaz Nazrul Nasir (Al-Azhar Mesir)

18. PM Dr Fauzi Hamat (API UM)

19. Ustaz Abdul Majid Hassan (Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan)

20. Syeikh Muhammad Zainul Asri HjRamli (Mudir Darul Hadis, Alor Setar)

21. Ustaz Hj Shamsul Mohd Nor (Pendakwah) – 2

22. Ustaz Amaluddin Mohd Napiah

23.  Mohamad Johar Bukari (Perunding Motivasi)

24. Ustaz Mohd Khafidz Soroni (Kuis)

25. Hj Mohd Shukri Hj Ali (Pegawai Agama Istana Terengganu)

26. Prof Dr Muhammad Syukri Salleh (Isdev, USM)

27. Ustaz Awaludin Mohd Napiah (Penerbit Nasyid)

28. Hj Wan Abdul Halim Wan Harun (Perunding Harta Pusaka & Faraid)

29. Zuraimi Ismail (Penulis Novel Sirah)

30. Farihin Abdul Fatah (Penerbit TV)

31. Nik Roskiman Abdul Samad (Radio Ikim)

32. Ustaz Azhar Idrus

33. Hj Abu Hassan Morad

34. Ustaz Habib Ali Zainal Abidin (Pelajar PhD Uiam)

35. Fahrur Rozi Jalaluddin (Eksekutif Halal Olive Global Sdn Bhd)

36. Haji Mohamad Zaki Abdul Halim (Pembimbing Haji)

37. PM Dr Asmadi Mohamed Naim (Dekan FakultiPerniagaan Islam UUM)

38. Dr Jahid Sidek (Mantan Api UM)

39. Ustaz Anwar Mohamad

40. Pahrol Mohamad Juoi

Baca beberapa entri tentang Q&A oleh mereka yang pernah menemuinya – abunuha dan zakariasungib.

Sebuah blok ofis TTU

– – – – –

Asad Syria dan Nasiriyah

January 5, 2012

Tahun 2011 menyaksikan kebangkitan rakyat menentang pemerintah di beberapa negara Timur Tengah. Tunisia, Mesir dan Libya adalah tiga negara yang telah bertukar pemerintah. Kini penentangan yang masih berlanjutan ialah di Syria. Menurut laporan pemerintah Syria (keturunan Al-Asad) adalah dari kelompok Nasiriah/Alawaiyah. Kelompok tersebut merupakan serpihan dari Syiah yang diakui oleh ulama besar seperti Ibnu Taimiyyah sebagai terkeluar dari Islam. Nasiriyah telah wujud lama sebelum zaman Ibnu Taimiyyah (w.729H/1328M). Golongan tersebut dikatakan tidak mewajibkan solat, puasa, zakat dan Haji.

Penduduk Syria majoritinya adalah Sunni (84%), Kristian (10%) dan Nasiriyah disekitar 6%. Namun kelompok tersebut menguasai pasukan tentera yang berdiri teguh di belakang Asad. Pemerintah Syria menggunakan tentera mereka untuk menentang kebangkitan rakyat sendiri. Kelompok Nasiriyah juga mendapat dokongan dari puak Hezbulah Lubnan, dan juga disokong oleh Iran.

Note matawang Estonia – 100 Kroon (kadar tukaran bersamaan Rm26)

– – – – –

31004

Setem Malaysia 2012

January 4, 2012

Pada tahun ini Pos Malaysia ternyata efisien dalam membuat pengumuman senarai setem baru sepanjang 2012. Di minggu pertama Januari ini mereka sudah menampilkan jadual keluaran setem baru. Berbeza keadaannya berbanding tahun 2011 yang lalu. Berikut adalah senarai setem baru sepanjang tahun 2012 (rujuk pos).

Senarai terkini setem 2012 (dengan beberapa perubahan dan maklumat baru) boleh baca di sini (up-dated).

1. Legacy of the Loom / Warisan Tenunan – (January 12 – Thurs )

2. IFNGO Yes to life (Feb 22 – Wed) changed to Feb 27 (Mon)

(IFNGO = The International Federation of Non-Government Organizations for the Prevention of Drug and Substance Abuse)

3. Malaysian Antartic Research Programme (Mac 8 – Thurs) newly announced on Feb

4. Underwater life (Mac 21 – Wed)

5. Installation of 14th DYMM SPBYDP Agong (Apr 24 – Tue)

5. State definitive series (May 15 – Tue)

6. 2012 World Gas Conference (June 4 – Mon)

7. Aromatic Plants (June 21 – Thur)

8. Traditional Trades (July 12 – Thurs)

9. Malaysia Festival Series 2 (August 2 – Thurs)

10. Unity Series II (Sep 12 -Wed)

11.Postman’s Uniform (Oct 9 – Tue)

12. Woodpecker (Oct 22 – Mon)

13. Children’s Theme – Hobby (Nov 5 – Mon)

Wang kertas Estonia 500 Kroon (kadar tukaran – EEK500 = Rm126)

– – – – –

Kalkulator tukaran matawang Kroon ada di sini – EEK calculator

Akhiri 2011 Mulai 2012

January 2, 2012

Ketibaan tahun baru diingati dengan beraneka cara. Tahun yang berlalu pun serupa halnya. Bagi yang suka mencari bahan bacaan berbentuk majalah agama pasti menyedari kehadiran dua majalah baru. Majalah berkenaan ialah – Q&A dan Dian. Majalah Q&A terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd muncul melalui isu perdana pada hujung tahun 2011. Q&A diterajui oleh Ustaz Zul Ramli Hj M Razali.

Majalah Dian pula bukanlah satu nama baru. Ia pernah diterbitkan sebelum ini tetapi keluarannya terhenti sekian lama. Kini Dian muncul kembali dan ia diusahakan oleh Syarikat Penerbitan Dian DarulNaim . Penampilan sulung Dian dengan wajah baru mula berada di pasaran pada Januari 2012.

Maknanya dua majalah tersebut – Q&A terbit mengakhiri 2011 dan Dian pula memulai tahun 2012.

Majalah Islami Q&A dan Dian

– – – – –