Ketibaan tahun baru diingati dengan beraneka cara. Tahun yang berlalu pun serupa halnya. Bagi yang suka mencari bahan bacaan berbentuk majalah agama pasti menyedari kehadiran dua majalah baru. Majalah berkenaan ialah – Q&A dan Dian. Majalah Q&A terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd muncul melalui isu perdana pada hujung tahun 2011. Q&A diterajui oleh Ustaz Zul Ramli Hj M Razali.
Majalah Dian pula bukanlah satu nama baru. Ia pernah diterbitkan sebelum ini tetapi keluarannya terhenti sekian lama. Kini Dian muncul kembali dan ia diusahakan oleh Syarikat Penerbitan Dian DarulNaim . Penampilan sulung Dian dengan wajah baru mula berada di pasaran pada Januari 2012.
Maknanya dua majalah tersebut – Q&A terbit mengakhiri 2011 dan Dian pula memulai tahun 2012.
Majalah Islami Q&A dan Dian
- – - – -
