Sebuah buku berjudul “Wanita yang diceritakan dalam Al-Quran” baru berada di pasaran Harganya cuma Rm20. Masih mampu dimiliki oleh golongan pelajar meski pun tanpa baucer buku sumbangan kerajaan. Buku tersebut memuatkan 29 nama tokoh wanita yang kisah mereka disebut dalam kitab suci Al-Quran. Nama tokoh yang pertama disebutkan ialah Hawa yang dirujuk sebagai nenek moyang manusia. Ia disusuli pula oleh tokoh kedua iaitu isteri Nabi Nuh. Berikutnya kisah Sarah (isteri Nabi Ibrahim), Hajar (juga isteri Nabi Ibrahim dan wanita berasal dari Mesir), dan diikuti kisah isteri Nabi Lut.
Tokoh lainnya ialah Zulaikha (wanita tokoh pembesar Mesir), isteri Nabi Ayub, kisah Balqis, ibu Nabi Musa, Asiyah (isteri Firaun), isteri Nabi Musa, isteri Amran, Maryam anak Imram, dan banyak lagi tokoh lain.
Tiket tram (pengangkutan awam kota Tallinn)
- – - – -
Wanita – 31994
