Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Hari Sambutan November

November 10, 2009

Bulan November turut menyaksikan beberapa kalendar sambutan yang telah di senaraikan oleh PBB.

1. International Day for Preventing the Exploitation of the Environment in War and Armed Conflict (6 Nov)

2. World Science Day for Peace and Development (10 Nov)

3. World Diabetes Day (14 Nov)

4. International Day for Tolerance (16 Nov)

5. World Day of Remembrance for Road Traffic Victims (Setiap Ahad minggu 3 – 15 Nov 09) 

6. Universal Children’s Day (20 Nov) 

7. Africa Industrialization Day (20 Nov)

8. World Television Day (21 Nov)

9. World Fisheries Day (21 Nov)

10. International Day for the Elimination of Violence against Women (25 Nov)

11. International Day of Solidarity with the Palestinian People (29 Nov)

Diabetes Day

Hari Diabetes SeDunia (Sisipan Kesihatan MM)

- – - – -

Sufi dan penyelewangan akidah

November 8, 2009

Penyelewengan akidah merupakan satu lagi tajuk penting yang biasa dibincang dalam perbincangan mengenai Sufi dan Tarikat. Seterusnya, perbincangan tentang penyelewangan akidah meliputi beberapa topik lain seperti ajaran sesat khususnya dalam konteks setempat. 

Ada sebuah buku yang amat bertepatan membincangkan dua perkara tersebut iaitu buku ”Tokoh Sufi dan Peyelewangan Akidah” tulisan Profesor Zakaria Stapa. Buku tersebut terbitan tahun 1998 telah lama berada di pasaran dengan harga jualan cuma Rm9-90. Sunggoh pun telah lama dibeli (pada Mac ‘98) namun baru kini tergerak untuk dibaca (selepas  terperap selama 11 tahun !).

Zakaria Stapa

Tokoh Sufi dan Penyelewangan Akidah

- – - – -

Prof Zakaria mengetengahkan empat  tokoh sufi yang dibincangkan iaitu Al-Junayd al-Baghdadi, Al-Imam al-Qushayri, Imam Al-Ghazali dan Ibnu Arabi. Bukan pula bermakna empat tokoh Sufi berkenaan menyebar penyelewangan. Aspek penyelewangan dimuat dalam bab akhir dan cuma disentuh secara umum tanpa menamakan kumpulan sufi yang dianggap menyeleweng.

Banyak lagi buku lain yang turut membincang mengenai topik Sufi, Tarikat, Tasawwuf, akidah yang tertolak dan yang sama makna . Antaranya tiga buku berikut iaitu – Sejarah Hitam Tasawwuf (Latar belakang kesesatan kaum sufi); Allah antara Tasawuf dengan akidah (oleh Prof Abdul Fatah Haron) dan Ajaran Sesat – sejarah kemunculan dan cirinya. 

Tiga buku

Berapa tahun pulak untuk menghabiskan baca tiga buku ini?

- – - – - 

Sufi dan Tarikat

November 7, 2009

Pembentukan Tarikat adalah suatu lanjutan daripada aliran Sufi. Tarikat wujud apabila seorang tokoh sufi mempunyai ramai pengikut. Sesebuah kumpulan Tarikat akan mengambil namanya dari tokoh sufi yang mereka naungi. Beberapa nama kumpulan tarikat disebut dalam sebuah buku berjudul Introducing Islam tulisan William Shepard  (seorang pengkaji Islam dari University of Canterbury NZ). Buku beliau baru saja diterbitkan oleh Routledge iaitu terbitan tahun 2009. Beliau menulis mengenai Sufi dalam Bab 12 (ms 149-164).

Kumpulan Tarikat mula wujud pada kurun ke-14 (tahun 1300 – …) dan Shepard menyenaraikan sejumlah lapan kumpulan Tarikat iaitu;

1. Qadiriyya - dinaungi oleh Syeikh Abd al-Qadir al-Jailani (w.1166).

2. Suhrawardiya – nama pengasasnya ialah Abu Hafs al-Suhrawardi (1145-1234).

Qadiriyya dan Suhrawardiyya popular dikalangan pengikut mereka di Asia Selatan (i.e., India dan Pakistan).

3. Shadhiliyya – diasas oleh ‘Abdallah al-Shadhili (1196-1258).

Shadhiliyya berasal di Tunisia dan berkembang ke Mesir dan negara Arab lain.

4. Rifa’iyya – di bawah naungan Ahmad ibn ‘Ali al-Rifa’i (1106-1182)

Kumpulan Rifa’iyya terkenal dengan gelaran “the howling dervishes” dan dikatakan boleh berjalan atas bara, sanggup melukai tubuh sendiri dan makan ular (?) – ini tulisan Shepard (baca ms. 160) setakat mana betulnya mungkin kena tanya para alim ulama. Tuduhan yang sama boleh dibaca dari sebuah buku “A new introduction to Islam” oleh Daniel Brown (baca ms. 171 di sini – google).

Baca sedikit maklumat mengenai Rifa’iyya di sini – encyclopaedia. Rencana dalam ensiklopedia berkenaan tidak pula menyebut mengenai makan ular. Namun pengikut Tarikat Rifa’iyya dikatakan boleh mencapai ekstasi hingga menjatuhkan tubuh mereka ke tempat yang ada senjata tajam dan binatang liar seperti ular.

5. Mevlevi (atau Mawlawi) diasas oleh Jalai al-Din al-Rumi (1207-1273).

Tarikat Mawlawi popular di Wilayah Ottoman dan terkenal dengan tarian “whirling”.

6. Naqshbandiyya mengambil nama dari Baha’ al-Din Naqshband (w.1390)

Terkenal dengan zikir senyap dan dari salasilah keturunan Saidina Abu Bakar.

7. Ahmadiyya – pengasasnya Ahmad al-Badawi (1199-1278)

8. Bayumiyya – dari Ali al-Bayyumi yang juga salah seorang Syaikh pengikut kumpulan Ahmadiyya.

Ahmadiyya dan Bayumiyya berasal dari Mesir.  Banyak lagi nama-nama tarikat boleh di baca di sini – klik sumber.

solat limbung

Ruang solat Surau Abd Rahman Limbung, Bdr Chukai

- – - – -

Tokoh Sufi (cont’d)

October 27, 2009

Buku kedua yang turut memuatkan sedikit perbincangan mengenai Sufi adalah Ensiklopedia Agama & Mazhab Moden. Sufi dikatakan satu mazhab dan dibincangkan dalam sebuah entri di buku tersebut. Menurut pengarang buku perkataan sufi berasal dari beberapa versi. Ada yang mengatakan sufi berasal dari perkataan sufah iaitu gelaran kepada seorang yang bernama al-Gauth bin Mur hidup pada zaman jahiliah. Pendapat ini dipetik dari seorang tokoh sufi Ibnu Jauzi al-Baghdadi (w.597). Pendapat lain dipetik dari Al-Bairuni yang mengatakan sufi berasal dari perkataan Yunani “sufiya” bererti hikmah. Ada juga yang mengklaim bahawa sufi berasal dari “siffah” iaitu nama sebuah masjid Rasulullah SAW. Selain itu ada pula yang menyebut sufi datang dari “sofa” atau al-sof al-awwal bermaksud baris pertama. Namun yang paling masyur adalah sufi dikatakan dari “sof” atau benang bulu iaitu pakaian yang biasa dipakai oleh para sufi.

Ensiklopedia Mazhab

Ensiklopedia Agama & Mazhab Moden

Ramai lagi nama tokoh yang menulis mengenai asal-usul sufi. Antaranya adalah Abu Sa’id al-Kharraji; Abu Muhammad al-Jariri (w.311H); Abu Bakar al-Kattani (w.322H); Ja’afar al-Khalidi (w.348H); dan Basyar bin al-Harith.

Sementara itu nama tokoh sufi yang disebut dalam buku tersebut adalah Rabi’ah Adawiyah; Ibrahim bin Adham; Sufyan al-Thaury (97-161H); Zu Nun al-Misri (w.245H); Abu al-Qasim al-Junaidi (w.297H); Abu Yazid al-Bustomi (w.234 atau 261H); Abu Mughith al-Husin bin Mansur al-Hallaj (244-309H); Abu Hamid al-Ghazali atau Imam Ghazali (450-505H); Abu al-Futuh Syihabuddin al-Syahruwardi (549-587H); Muhyiddin bi Arabi atau al-Arabi (560-638H); Abu Hassan al-Syazili (593-656H);.

Turut disenaraikan adalah Syeikh Abdul Qadir al-Jailani (470-561H); Ahmad Rifa’i (w.580H); Ahmad Badawi (596-634H); Ibrahim al-Dasuqi (633-676H); empat tokoh ini digelar al-Aqtab empat (kenapa ?); Jalaludin al-Rumi (w.672H); Syeikh Naqsabandi (618-791H); Riniah Gino (ejaan sebenar ialah Rene Guenon 1886-1951) ahli falsafah Perancis yang memeluk Islam dengan nama Abdul Wahid Yahya.

Rene-guenon-1925

Rene Guenon (foto tahun 1925) – sumber wikipedia

 Surau Limbong

Surau Abdul Rahman Limbong, Bandar Chukai T’ganu

- – - – -

Kontroversi Tokoh Sufi

October 26, 2009

Semasa cuti hujung minggu sempat menyelak beberapa bahan bacaan yang memuatkan perbincangan mengenai sufi – pengenalan, definisi dan juga senarai beberapa tokoh mereka. Pembacaan dimulai dari buku Mereka Menoda Islam yang meletakkan aliran sufi (Mysticsm) sebagai satu dari elemen Islam yang pernah diresapi oleh pemikiran luar seperti Yahudi, Kristian, Parsi, Israiliyat, dan Hindu. Harus diingat buku tersebut sebenarnya cuba mengetengahkan peranan Yahudi dalam merosak Islam. 

Menoda Islam 

Buku Mereka Menoda Islam

Antara tokoh sufi yang kontroversi (bukan semestinya bermakna  mereka itu merosak Islam) yang disebutkan adalah Hasan al-Basri (642-728M), Ibrahim Adham (w.777M), Rabi’ah al-Adawiyah (w.801M), Bisyr al-Hafi (w.841M), Abu Yazid al-Bushtami (874-947M), Abu Mansur al-Hallaj (858-922M), dan Ibnu Arabi (1165-1240M). Nama-nama tersebut disenaraikan atas beberapa faktor seperti tokoh awal sufi (Hasan, Ibrahim, Rabi’ah dan Bisyr). Ada juga tokoh sufi yang dihukum bunuh (seperti al-Hallaj). Ibnu Arabi pula dinukil kerana kontroversi wahdatul wujud, fahaman pantheism, wahdatul adyan dan juga pluralisma agama.

Sunggoh pun begitu pada setiap tokoh sufi tersebut ada banyak perbincangan yang perlu kita baca, teliti dan fahami. Pastinya banyak bacaan yang perlu digali untuk memahami apa sebenarnya yang dinyatakan oleh tokoh sufi berkenaan, pandangan para penyokong mereka dan juga pandangan yang menentang mereka. Namun agak sukar kita mengkajinya bersendiri oleh itu perlu ada ustaz yang membimbing. Namun disurau dan masjid jarang ada ustaz yang sanggup membincang hal-hal sebegitu. Banyaknya hanya terkongkong terus-terusan membicara hal solat, wuduk, puasa, haji. Kepada para ustaz luaskanlah topik pengajian Islam di surau dan masjid!

masjid penarik 8x80

Masjid Kg Penarik, Besut T’ganu

- – - – -

Projek Bermasalah T’ganu

October 23, 2009

Trengganu mendapat liputan berita mengenai masalah bangunan runtuh. Tahun ini sahaja sudah ada dua kes – Stadium Sultan Mizan Gong Badak runtuh bumbungnya pada Jun lalu. Kes kedua pula bumbung sebuah Masjid Kg Batu Puteh di Kemaman runtuh pada awal Oktober lalu. Turut mendapat perhatian adalah kegagalan projek Komplek Sukan Akuatik di Batu Buruk. Kompleks tersebut mengalami kebocoran yang turut memberi kesan kepada gerai niaga berhampiran. Kejadian tersebut merupakan manifestasi kepincangan pelaksanaan projek di T’ganu. Kegagalan itu pula boleh dikaitkan dengan kepincangan perbelanjaan limpahan wang royalti yang mereka terima.

 Akuatik

Komplek Sukan Akuatik Batu Buruk, Kuala Trengganu

Sebuah petikan berita di akhbar siasah meyenaraikan beberapa projek yang telah dilaksana di T’ganu yang turut dipersoal keberkesananannya. Projek tersebut termasuk;

Pertandingan Memancing di Tasik Kenyir pada 23 September ‘09 (perbelanjaan Rm500,000)

Projek Agro Pelancungan – Ladang Anggur seluas 10 hektar juga di Tasik Kenyir

Projek Beca Letrik MBKT pada tahun 2005

Projek Galeri Dasar Laut berdekatan Pulau Bidong dilancar pada 2006 dengan kos awal Rm200,000

Perkhidmatan bas Cas Ligas melibatkan 28 buah bas dengan harga Rm11.3 juta (telah disenarai sebagai gagal oleh Lapuran Ketua Audit Negara 2009)

Bazar Warisan bersebelahan Pasar Payang

Projek penanaman strawberi tanah rendah dengan belanja permulaan Rm200,000

Bazar Warisan

 Bazar Warisan KT

- – - – -

Golongan Muda Kelainan

October 14, 2009

Persepsi umum terhadap golongan muda mendakwa mereka tergolong sebagai suka hiburan, gadget-centric asyik dengan henpon, messaging, chatting dan segala macam aktiviti yang lompang dari isu-isu mengenai governance. Berlainan pula dengan sekumpulan pemuda yang bergerak aktif sebagai aktivis melalui kumpulan yang mereka namakan gerakbudaya. Mereka bukan sekadar berdiskusi mengenai hal budaya namun menjangkau ke mauduk berat seperti politik, hubungan kaum dan inter-religion.

Terkini mereka merancang mengadakan sebuah forum dengan tema- Etnik, Agama dan Raja: Kesannya terhadap perkembangan demokrasi di M’sia. Pastikan kita dapat sesuatu yang positif dari forum tersebut yang dijadual pada 24 Okt . Baca di sini – Forum Orang Muda.

Kepada sesetengah khalayak perbincangan sebegitu bunyinya agak kontroversi dan mungkin melintasi garis menghasut. Namun perbincangan dan perdebatan adalah suatu yang perlu digalakkan untuk menghidupkan budaya ilmu dan keterbukaan.

- – - – -

Beca Elektrik T’ganu

October 12, 2009

Mengayuh beca merupakan pekerjaan sebagai sumber rezeki di Bandar Kuala Trengganu. Ramai pengusaha beca yang boleh ditemui menunggu penumpang terutama berdekatan Pasar Payang. Rasa sedih pasti terdetik melihat mereka yang sudah berusia lanjut namun masih berpenat mengayuh beca mencari rezeki. Banyak keluhan mengenai sukarnya mereka mendapat penumpang yang semakin berkurang boleh kita baca dilaporkan di akhbar dari masa ke semasa.

Kerajaan Trengganu melalui MBKT pernah memperkenalkan beca elektrik yang mana penggunaannya dilancarkan pada tahun 2005. Kerajaan T’ganu memperkenalkan beca elektrik bukan sangat dengan niat membantu golongan pengayuh beca tetapi lebih kepada usaha tarikan pelancungan. Setiap unit elektrik untuk beca dibeli pada harga Rm3,000 dan diagih kepada para pengusaha beca.

Beca eletrik

Pengayuh beca elektrik di Pasar Payang KT

Kini kebanyakan beca elektrik tersebut sudah tidak beroperasi lagi. Mereka kembali mengayuh dengan kudrat sendiri. Kenapa begitu? Ramai pengayuh beca yang menghadapi masalah untuk terus menggunakan beca elektrik. Mereka kesempitan wang untuk mengganti bateri yang berharga Rm130 setiap unit. Mereka juga menghadapi masalah untuk menyenggara beca kerana sukar dibaiki,  tidak dapat dibuat di bengkel biasa, dan kosnya pula tinggi. Laporan akhbar menyebut 80% beca tersebut sudah tidak boleh digunakan.

Baca berita berkaitan di sini – alamakademik dan buletinonline

- – - – -

Burka, Tantawi dan Azhar

October 11, 2009

Syeikhul Azhar, Tantawi telah mengeluarkan arahan mengharamkan pelajar perempuan dari memakai Burka di Universiti Al-Azhar. Beliau menyebut antara lain bahawa burka sebenarnya tiada kena mengena dengan Islam. Ia lebih kepada budaya Arab zaman sebelum Islam.

Burka kian mendapat sambutan di Mesir di mana semakin ramai wanita memakainya. Sesetengah pihak melihat arahan Tantawi sebagai menyetujui saranan pihak berkuasa Mesir menyekat sokongan terhadap Islam fundamentalis.

Sementara itu di Kanada sebuah organisasi Islam -  The Muslim Canadian Congress – meminta pihak berkuasa di Kanada mengharamkan pemakaian Burka. Gesaan tersebut disuarakan oleh seorang pengasas MCG Tarek Fatah. Beliau juga menyebut bahawa Burka bukanlah syariat Islam sebaliknya suatu yang bersifat medieval dan simbol ekstremism. Pendapat sama disuarakan oleh Mohamed Elmasry, mantan Presiden Canadian Islamic Congress. Gesaan berkenaan disuarakan ekoran beberapa kes di mana lelaki memakai Burka telah merompak bank di North Carolina, di Toronto dan juga di UK.

Di dalam negara, TG Nik Aziz turut bersetuju dengan pendapat Tantawi mengenai Burka. Beliau sendiri menerima keperluan mengharamkan Burka lebih-lebih lagi bila ada kes orang mengambil kesempatan memakai Burka ketika melakukan jenayah.

burqa

Wanita dengan Burka – pasti ke wanita?  (sumber – runninginheels)

Baca juga artikel mengenai Muslim Denmark dan Burka di sini – buffalostate.edu

- – - – -

Tulisan Korea – Hangeul

October 10, 2009

Dunia kaya dengan huruf, dengan alphabet, dengan tulisan. Semua itu (huruf, alphabet dan tulisan) merupakan suatu warisan, suatu yang menakjubkan dan kepada sesetengah bangsa ia di anggap suci (sacred). Huruf  tulisan Korea dikenali sebagai Hanjeul (atau Hangeul). Menurut catatan sejarah Hanjeul telah diperkenal pada tahun 1443 oleh Raja Sejong.

Korean

Tulisan Korea (sumber – thinkzone)

Baru-baru ini warga Korea merayakan sambutan ulang tahun ke-563 alphabet Hangeul. Sambutan tersebut turut melibatkan pembinaan Tugu Raja Sejong sebagai memperingati peranan beliau memperkenalkan Hangeul.

Sejong

Raja Sejong, 1357-1450 (sumber -  korea.net)

- – - – -

Korean2

Tulisan Hanguel – susah agaknya nak belajar Hanguel ni ….

- – - – -

Baca buku – The Korean Alphabet: Its History and Structures- google

- – - – -