M H Shakir

Siapa M H Shakir? Beliau banyak menulis tentang Koran (seperti mana judulnya dalam bahasa inggeris). Sedikit kajian tentang latarbelakang beliau perlu di selidik. Lebih-lebih lagi apabila pihak KDN (dan Jakim) mengumumkan sebuah penerbitan beliau -The Koran- sebagai disekat.

Terkini sebuah lagi judul dihasilkan oleh beliau – Concordance of The Qur’an. Buku ini setebal 1196m/surat, diterbitkan oleh Tahrike Tarsile Qur’an, Elmhurst, New York, pada Mac 2007.

shakirconcordance.jpg

Harga: USD29-00 (hard cover)

Catatan berikut dipetik dari sumbernya;

Concordance of the Qur’an is an index of the words and verses of the Holy Qur’an, extracted from the M. H. Shakir translation, providing a wealth of knowledge in its 1,200 pages. Readers can search word by word, from “Abandon” to “Zaqqum,” in order to discover not only the verse in which each word appears, but also the context of that word in each verse. This new title from Tahrike Tarsile Qur’an proves an amazing resource for anyone interested in learning more about the Holy Qur’an.

Persoalan siapa sebenarnya M H Shakir belum dapat kepastian. Sedikit maklumat tentangnya ada di wikipedia. Walau bagaimana pun semacam ada konflik tentang identiti beliau. Satu pendapat menyebut bahawa M H Shakir (i.e., Mohammad Habib Shakir) seorang hakim di Mesir lulusan al-Azhar. Tetapi tokoh ini pernah menulis artikel mengenai pendapatnya yang tidak bersetuju al-Quran diterjemah ke bahasa lain. Baca di sini. Oleh itu, berdasarkan konflik ini ada pendapat menyatakan  ada M H Shakir lain yang menulis terjemahan (i.e., The Koran) bukan beliau.

Baca pula maklumat berikut yang menamakan beliau sebagai Mohammedali H Shakir. Maklumat yang serupa dinyatakan di laman kedai buku ini. Selanjutnya, maklumat yang ini menyebut M H Shakir itu sebenarnya Mohammedali Habib – berasal dari Pakistan dan mempunyai hubungan dengan pengasas Habib Bank.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: