Nikmat Kitab

Bagi penduduk Islam di Malaysia kita sudah terbiasa melihat banyak sekali kitab yang boleh kita miliki. Kitab yang dimaksudkan ini meliputi semua jenis buku yang membincangkan hal keagamaan baik mengenai tauhid, fekah, sirah dan sebagainya. Termasuk jugalah perkara tentang kemasyarakatan, politik, motivasi dan macam-macam. Paling tidak di setiap rumah tentu ada naskhah Al-Quran dan juga beberapa kitab hadis.  Hal ini merupakan satu nikmat sebenarnya. Amat mudah untuk kita belajar dan mendalami agama. Kedai buku menjual kitab ada banyak di merata tempat – di kompleks membeli-belah, di stesen bas, bahkan di pasar malam pun ada gerai menjual kitab.

kemboja.jpg

Umat Islam Kemboja miskin kitab

Tetapi pernahkah kita terfikir ada tempat di mana orang Islamnya tidak punya nikmat kitab. Maksudnya mereka nak belajar mengenai Islam tetapi tiada kitab mengenai fekah, akidah dan sebagainya. Bahkan nak mengaji Quran pun menjadi masalah kerana Al-Quran yang ada tidak mencukupi. Kalau ada pun mungkin banyak yang rosak, koyak atau dah uzur keadaannya. Begitulah yang berlaku bagi umat Islam di Kemboja seperti laporan yang di atas.

bukuqq.jpg

Maka hayatilah nikmat kitab di negara kita. Banyak sangat buku agama – bukan sahaja tentang perkara asas malah mencakupi perkara-perkara yang boleh dikategori sebagai mewah iaitu kalau tak baca pun tak mengapa. Oleh itu, rajin-rajinlah membacanya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: