Mug Souvenir

Melawat sesebuah institusi seperti universiti adalah suatu yang menyeronokkan. Kunjungan tersebut seharusnya meninggalkan kenangan tersendiri. Cara mudah untuk mengingatinya ialah dengan membeli sesuatu dan menyimpannya sebagai koleksi. Antara barang yang sering dijual dikedai universiti  dan boleh dijadikan memento ialah mug.

melbuni-mug.jpg

Mug kenangan

mug-bute.jpg

Mug Muegyetem

Muegyetem adalah nama dalam bahasa Hungari bagi Budapest University of Technical and Economics  (BUTE). Mug ini murah harganya cuma lebih kurang 1 Euro. Harga yang murah sebegitu kerana ekonomi Hungari tidaklah sama tarafnya dengan negara Eropah yang lain.

mug-ttu.jpg

Mug  TTU

Mug ini dari Tallinn University of Technology. Nama dulunya adalah Tallinn Technical University (TTU). Edisi ulang tahun ke 90 penubuhannya. Dijual harga 50 Kroon (lebih kurang Rm18 duit kita).

Tetapi di sesetengah tempat seperti NCTU Taiwan agak sukar untuk mendapat barangan hadiah kerana tidak dijual di kedai. Umpamanya di NCTU Taiwan barangan tersebut hanya terdapat di Pejabat Canselori dan itu pun hanya untuk pelawat vip sahaja. Apa yang dapat dibawa balik hanyalah cawan kertas. Tapi ianya percuma!

nctu-cup.jpg

Cawan kertas NCTU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: