Mawlid atau Maulud

Musim maulud (menurut ulama sebutan betulnya ialah mawlid) datang lagi… Kalau di Johor mawlid diadakan di merata tempat. Masjid, surau, sekolah, pejabat, taman perumahan semuanya akan mengadakan sambutan mawlid. Sebagaimana biasa majlis mawlid dimeriahkan dengan ceramah, jamuan dan sesetengahnya turut diadakan juga perarakan. 

Surau Falah – berhampiran Kem PLKN Teluk Sari, Endau

Di sebalik semangat menyambut mawlid polemik mengenainya tidak juga reda.  Banyak juga tulisan-tulisan yang mempertikai mawlid yang boleh kita temui dalam majalah dan di internet. Pihak berkuasa terpaksa menjawab hal ini melalui berbagai cara seperti memberi kupasan dalam ceramah, menerbitkan rencana di akhbar, waima menggunakan khutbah Jumaat.

Sambutan mawlid ini rupanya bukan sahaja di perdebatkan oleh orang Islam malah ia turut dikaji oleh pihak non-Muslim. Ada sebuah buku mengenai mawlid – The Birth of the Prophet Muhammad – Devotional piety in Sunni Islam diterbitkan oleh Routledge pada tahun 2007. Buku tersebut ditulis oleh seorang pengkaji Barat – Marion Holmes Katz. Beliau bertugas sebagai Associate Professor di Dept of Middle Eastern Studies, New York University. Dari satu sudut hal ini membuktikan bahawa pengkaji Barat amat serius mengkaji mengenai Islam. Malah pembacaan dan pengkajian mereka tentang Islam mungkin melebihi kita sendiri!  

p/s: Buat masa ini buku tersebut hanya edisi kulit tebal dengan harga GBP65-00 (lebih kurang Rm450!)

Surau Al-Hidayah – Pantai Penyabung

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: