Riuh ternak khinzir

 

Baru-baru ini berita mengenai rancangan kerajaan Selangor untuk mewujudkan ternakan khinzir melalui kaedah mesra alam telah mencetuskan keriuhan.  Kini isu tersebut telah mereda berikutan munculnya isu-isu baru (seperti Balkis dan kenaikan harga beras) yang mengambil tempat di media. Namun ada satu persoalan yang ingin di cari jawapannya berikutan isu khinzir tersebut. Persoalannya ialah adakah haiwan tersebut di ternak di tanah Arab pada zaman awal Islam? Isu haramnya daging khinzir memang ada disebut dalam Qur’an. Tetapi hak orang bukan Muslim yang mahukan khinzir tidak boleh kita nafikan. Setakat ini pencarian di internet gagal menemui sebarang artikel yang boleh memberi jawapan kepada persoalan di atas.

 

Apa yang dapat ditemui hanyalah sekadar beberapa catatan mengenai apa yang berlaku di negara Muslim lain iaitu di dua negara Afrika – Morroco dan Tunisia. Morocco turut mengusaha ladang babi untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan. Siapa pelanggan mereka?  Para pengusaha hotel yang menjadi tumpuan pelancung asing di negara tersebut.  Menurut petikan berita di Morroco terdapat 4 pengusaha ladang khinzir termasuk sebuah milik penternak Muslim bernama Samouk berusia 39 tahun. Pengusaha lain adalah 2 penduduk Yahudi (seorang darinya adalah Jean Yves Yoel Chriquia, berusia 32 tahun) dan seorang lagi Kristian. Dapatkan laporan tersebut di sini.

 

Peking Restoran di Tallinn, Estonia

(Apa kaitan foto ini dengan artikel – pertamanya di restoran ni tentu ada menu khinzir! Restoran ini terletak di kawasan tumpuan pelancung yang mengunjungi Tallinn kerana keunikan senibina klasik. Samalah macam hotel tempat tumpuan pelancung di Morroco yang disebut di atas. Penternakan khinzir pula menjadi industri terbesar di Estonia penyumbang utama ekonomi di negara itu selepas industri tenaga dan telekomunikasi)

 

Penternakan babi turut diusahakan di Tunisia. Ladang babi di Tunisia adalah milik seorang Yahudi bernama Patrick Sebag. Baca laporan berita mengenai ladang khinzir Tunisia di sini.

 

Laporan-laporan berkenaan juga menyebut bahawa negara jiran Morroco dan Tunisia iaitu Libya, Mauritania dan Algeria tidak membenarkan penternakan babi. 

 

Satu petikan berita pula menyebut mengenai ternakan babi di Palestine yang diusahakan secara kecilan oleh penduduknya yang berketurunan Greek Ortodoks Aziz al-Sous.

 

Baca artikel mengenai sampah dan babi kotor di sini. Baca pula satu komen tempatan tentang isu ini di sini.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: