Muslim Euro2008

Kejohanan Euro2008 sudah hampir ke penghujungnya. Pada minggu ini empat pasukan akan berentap di peringkat separuh akhir. Kerana faktor usia jarang benar saya menonton pertandingan tersebut walau pun disiar saban hari oleh Astro. Lagi pun masa dua jam tu lama sangat dan banyak hal lain yang boleh dilakukan. Cukuplah sekadar menonton edisi highlight dan membaca beritanya di akhbar. 

Padang bola di kampus Tallinn Technical University, Estonia. Estonia adalah sebuah negara di kawasan Baltik gagal melayakkan diri untuk kejohanan Euro2008. Namun olahragawan Estonia handal dalam acara lempar cakera dan merupakan pemenang kejohanan dunia. Lihat aksi mereka nanti di Olimpik Beijing.

Namun suatu yang menarik minat adalah penglibatan para pemain Muslim dalam kejohanan kali ini. Sebagai contoh laman islamonline menyenaraikan 13 nama pemain yang terlibat. Mereka adalah;

1. Hakan Yakin (Switzerland) – midfield; ersey 10; bermain dengan Kelab Young Boys

2. Ramazan Ozcan (Austria) – penjaga gol; jersey 23; kelab Hoffenheim

3. Umit Korkmaz (Austria) – midfield; jersey 11; kelab Rapid Wien

4. Khalid Boulahrouz (Netherland) – defender; jersey 21; kelab Sevilla

5. Ibrahim Afellay (Netherland) – midfield; jersey 20; kelab PSV

6. Robin van Persie (Netherland) – forward; jersey 7; kelab Arsenal

7. Samir Nasri (Perancis) – midfield; jersey 11; kelab Marseille

8. Karim Benzema (Perancis) – forward; jersey 9; kelab Lyon

9. Lassana Diarra (Perancis) – midfield; jersey 21; kelab Portsmouth (asal Mali)

10. Franck Ribery (Perancis) – midfield; jersey 22; Bayern Munich (French convert)

11. Nicolas Anelka (Perancis) – forward; jersey 9; kelab Chelsea (French convert)

12. Zlatan Ibrahimovic (Sweden) – forward; jersey 10; Internazionale (asal Bosnia-Herzegovina)

13. Rami Shaaban (Sweden) – penjaga gol; jersey 12; kelab Hammarby (asal Mesir)

Pemandangan padang yang sama ketika dilitupi salji nipis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: