PUM, Yadim & Islam liberal

Persatuan Ulama Malaysia selesai mengadakan mesyuarat perwakilan tahunan ke 29 pada hujung minggu lalu. Perjumpaan mereka kali ini turut memberi fokus kepada usaha menangani penularan pemikiran Islam liberal di negara mutakhir. Usaha mengekang pemikiran Islam liberal oleh PUM ditangani bersama pihak Yadim. Kedua organisasi tersebut menganjurkan sebuah seminar bertema “Menangani Pemikiran Islam Liberal di Malaysia”. Ucaptama dengan tajuk ‘Kemelut Islam liberal’ disampaikan oleh Datuk Syeikh Abdul Halim (bekas Mufti Terengganu). Antara yang didedahkan ialah kewujudan golongan yang cuba membebas diri mereka daripada penafsiran ulama dan cendekiawan yang sudah terbukti keilmuan mereka.

Seminar berkenaan turut mengetengahkan beberapa kertas kerja termasuk ~ Asas-asas utama pemikiran Islam liberal, Sejarah dan metodologi Islam liberal, Islam dan liberalisme: pandangan tokoh Islam liberal dan Fahaman Islam liberal: pengalaman Indonesia.

Turut dibahaskan ialah kajian terhadap karya tokoh liberalisme seperti Prof Hasan Hanafi, Jamal al-Banna dan juga tokoh yang lebih lunak seperti Dr Hamid Taher dan Dr Hassan al-Mashat.

Masjid di kampus Uniten Kajang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: