Ramadan dan Badar

 

Perang Badar adalah salah satu peristiwa besar yang berlaku dalam sejarah Islam. Sesetengah catatan sejarah menamakannya sebagai Badar Al-Qubra dan ia berlaku pada bulan Ramadan. Terlalu banyak artikel mengenai Badar yang boleh ditemui di internet. Cari dan bacalah agar dapat kita hayati perjuangan awal Nabi Muhammad SAW dan para sahabat menegak syiar Islam. Beberapa sumber disertakan di sini sebagai permulaan baca sebuah catatan di islamicoccasions.com yang turut menyertakan satu lukisan grafik seperti imej di bawah. Harus diperingatkan bahawa laman ini adalah penyokong Syiah maka apa yang disampaikan pastinya condong membesarkan Saidina Ali dan para imam Syiah.

Sebuah lagi artikel boleh di baca di sini yang berasal dari Afrika Selatan. Penulis artikel tersebut dikatakan sebagai seorang pengkaji Ismaili maka teliti dulu apakah dia Ismaili? Satu lagi artikel terdapat di laman berikut (klik – di sini ) yang mengandungi banyak lagi maklumat seperti perang Tabuk, perang Ahzab dan sebagainya. Sebuah artikel mengenai Badar tulisan Martin Ling boleh di baca di sini yang turut menjawab mengenai tuduhan bahawa Islam disebar melalui mata pedang.

Menurut Catatan sirah juga menceritakan bahawa dua tawanan Badar diarah bunoh oleh Nabi SAW. Mereka adalah Nadr bin al-Harith dan Uqbah bin Abi Muith. Nadr telah dibunoh oleh Saidina Ali sementara Uqbah oleh Asim bin Thabit al-Ansari. Uqbah ialah penentang Nabi SAW yang pernah mencampak najis sembelihan waktu Nabi sedang solat.

Mesjid Kg Seri Lalang, Mersing

..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: