Kemalangan menyayat

 

Kematian itu suatu yang pasti. Saban hari berbagai berita kematian akibat kemalangan dilaporkan oleh akhbar. Membaca berita tersebut timbul rasa yang menyayat di hati. Berikut adalah beberapa petikan berita yang dikutip sejak beberapa bulan kebelakangan;

– seorang kontraktor peledak maut dihempap bungkah batu sebesar banglo di kuari Keramat Pulai berdekatan Ipoh.
– dua mangsa maut ditangkap buaya di Sarawak ketika mengail ikan (sepanjang bulan Jun lalu). Satu kes di Batang Lupar, Sri Aman. Mangsa ditangkap buaya ketika sedang mandi. Sebelum itu satu kematian akibat serangan buaya berlaku di muara Sungai Seruai, Betong ketika mangsa sedang menjala ikan.
– seorang budak maut cedera akibat mesin canai jatuh dan terpelanting menimpa beliau di sebuah kampong di Terengganu. Semasa kejadian bapanya sedang menggunakan mesin tersebut untuk membaiki rumah.
– seorang pekerja balak maut ditimpa balak yang beliau ikat pada sebuah lori pengangkut. Kejadian berlaku berhampiran Grik.
– dua penumpang kereta maut di jalan Saleng-Senai Johor apabila sebuah treler terbabas menghempap kereta berkenaan.
– seorang pemandu bas maut digelek bas sendiri di Kulai. Ketika kejadian pemandu tersebut berhenti dan memeriksa sesuatu di bawah bas berkenaan.

Tapak perkuburan Islam di Kg Teluk Penikam Bagan Datoh

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: