Anugerah Tokoh Warisan Orang Hidup

Negara kita memang kaya dengan majlis anugerah. Begitu banyak anugerah yang disampaikan meliputi berbagai bidang. Orang seni dengan anugerah mereka, para artis dengan anugerah mereka, perkhidmatan awam juga ada anugerah, pihak media dengan anugerah mereka. Begitu juga halnya dengan anugerah akademik, anugerah pelajaran dan berbagai lagi.

Baru-baru ini sebuah lagi anugerah telah diperkenalkan – Anugerah Tokoh Warisan Orang Hidup (TWOH). Anugerah ini dikendalikan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (Kekwa)
Kekwa telah menyenaraikan lima tokoh budayawan sebagai TWOH. Mereka adalah Ali Badron Sabor (dikenali juga sebagai Ali Badron Tarbus – dari Batu Pahat Johor) sebagai tokoh penglipurlara. Abu Bakar Jaafar dari Pulau Pinag – tokoh boria. Losimin Majanil dari Sabah sebagai tokoh bobohizan. Tan Hooi Seng dari Johor Bahru sebagai tokoh seni gendang Cina. Vatsala Sivadas penggiat seni tari masyarakat India Bharatha Natyam.

Bobohizan adalah ketua adat masyarakat Kadazandusun dan Murut di Sabah. Amalan bobohizan sering muncul dalam pesta kaamatan dan juga ketika perlantikan Huguan Siao (ketua masyarakat Kadazandusun dan Murut).

Sebuah mercu tanda yang baru siap dibina di Taman Merdeka JB

p/s Dua penerima TWOH tersebut telah meninggal dunia. Tokoh seni gendang Cina (dari Johor)meninggal beberapa hari setelah beliau diumumkan sebagai penerima TWOH. Tokoh boria (dari Penang) pula meninggal dalam bulan Ramadan baru-baru ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: