Musim Aidil Fitri

 

Sambutan meraikan Aidil Fitri selama sebulan menyebabkan beberapa aktiviti lain tergendala (termasuk mengemaskini blog). Banyak perkara yang mengisi kesibukan Syawal – balik kampung, menghadiri rumah terbuka, program marhaban dan juga menerima tetamu yang berkunjung ke rumah.  Tidak ketinggalan juga kunjungan ke kompleks beli-belah…

Jalan-jalan kat Sutera Mall

Kesempatan yang terluang pula digunakan untuk membaca dan mengumpul bahan berkaitan sejarah Islam. Topik yang menjadi tumpuan buat masa ini ialah mengenai pemerintahan khalifah Abbasiah. Beberapa entri berkaitan Abbasiah akan menyusul sebagai catatan kepada apa yang telah di baca.

Rasa cemburu pula apabila melihat usaha para pengkaji Barat menggali sejarah Islam sedangkan kita sendiri tidak mengambil kisah mengenainya. Usahkan bab hendak mengkaji aktiviti ke arah membaca bahan yang ada pun agak minima. Begitulah lesunya kita mencari ilmu…

One Response to “Musim Aidil Fitri”

  1. Guru Hujung Dunia Says:

    Salam..

    Beberapa tahun lepas saya banyak juga membaca teks-teks Islam dan berbincang dengan rakan-rakan yang sama-sama minat. Tetapi sejak ‘terlantar’ di sini (Mersing) dah tiada muzakarah-muzakarah informal. Lebih-lebih lagi generasi baru (guru-guru) sibuk dengan prestasi menambah bilangan A yang meragut banyak masa untuk mengkaji dan bermuhasabah. Yelah demi negara & anak bangsa. Cikgu-cikgu tiada yang berminat dan tak menganggap muzakarah ilmu sebagai kepuasan dan pencapaian hidup.

    Cuma sekarang saya gemar bermuzakarah dalam forum-forum semi-ilmiah di internet yang memerlukan fikiran yang lebih terbuka dan hasilnya banyak skop pemikiran ditemui. Ramai juga yang berpendapat forum di internet banyak mengarut tetapi dengan jika bersikap give and take serta situasi win-win banyak knowledge yang boleh diadaptasikan.

    Saja-saja cerita kat sini tuan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: