Tesis lampau Abbasiah

Antara bahan menarik yang ditemui ialah beberapa tesis lampau yang telah dihasilkan oleh para pengkaji mengenai Abbasiah …

Kajian mengenai pemerintahan khalifah Abbasiah yang awal dimulai sebuah buku oleh C van Vloten (1894) dalam bahasa Peranchis dan diikuti oleh buku Julius Wellhausen (1902) dalam bahasa Jerman. Tidak banyak yang diketahui mengenai tulisan van Blouten. Apa yang ditemui hanyalah catatan mengenai tulisan beliau disenarai rujukan para pengkaji selepas beliau. Buku Wellhausen agak komprehensif (paling tidak ada 8 bab dengan kandungan melebihi 490 muka surat sepert mana di sebut oleh Shaban (1983).

Mengenai penulisan tesis mengenai Abbasiah (atau penghujung Umayyad) pula di antara yang paling awal ialah kajian oleh Daniel C Dennett dengan judul “Marwan ibn Muhammad – the passing of the Umayyad caliphate”. Beliau menulis tesis kedoktoran tersebut di Harvard University pada tahun 1939 dengan memperbetul beberapa salah tanggapan dalam tulisan Vloten dan Wellhausen. Sebuah lagi tesis mengenai Abbasiah dihasilkan oleh Dr Farouk Omar dengan judul “The Abbasid caliphate 132-170/750-786” iaitu tesis kedoktoran University of London pada tahun 1967.

Dennett dan Omar menyebut bahawa salah satu punca terdirinya pemerintahan Abbasiah ialah berlakunya  persengketaan di antara puak-puak Arab khususnya ketika penghujung pemerintahan Umayyah. Namun pandangan sedemikian tidak dipersetujui oleh seorang lagi pengkaji iaitu Shaban. Beliau menulis sebuah tesis kedoktoran di Harvard pada tahun 1960 dengan judul “The social and political revolution in Khurasan”. Tesis tersebut berikutnya diterbitkan sebagai buku -“The Abbasid Revolution” pada tahun 1983. 

  

 

Baca juga buku di atas untuk mendapat maklumat mengenai kesilapan yang diceritakan dalam sejarah mengenai kerajaan Abbasiah….

 

One Response to “Tesis lampau Abbasiah”

  1. Guru Hujung Dunia Says:

    Salam..

    Terdetik dihati nak mengulas walaupun ilmu yang ada dangkal dan tidak sistematik.

    Pada pandangan saya aliran kefahaman Islam masyarakat setempat sangat bergantung kepada aliran prima(mainstream) iaitu golongan mazhab apakah yang berjaya mempengaruhi pemerintah pada zaman tersebut.

    Sebagai contoh di awal pemerintahan Abassiah aliran mazhab utama adalah Muktazilah kerana golongan ulama utama yang paling intim dengan pemerintah pada masa tersebut adalah golongan tersebut. jadi, dengan kuasa dan pengunaan media massa rakyat menerima kefahaman tersebut sebagai ajaran Islam yang paling sempurna dan benar. Sehinggalah golongan Al-Ashaariah iaitu pengasas mazhab Ahlu Sunnah waljamaah (ASWJ)perlahan-lahan dapat menewaskan ulama’ Muktazilah dalam perebutan pengaruh politik tersebut. Bukan sedikit ulama’-ulama’ ASWJ yang disiksa dan terbunuh di penjara.

    Begitu juga dalam aliran spiritual Islam iaitu Sufisme, aliran Qadariah ‘bertentangan’ dengan aliran Ghazaliyah yang masing-masing menjadi lebih kompleks melalui fahaman wahdatul wujud versa wahdatul syhud.

    Ini berlaku semasa zaman keagungan pemerintahan Islam Ached Darussalam. Negeri yang dinobatkan sebagai Serambi Makkah yang pertama pernah direkod penduduknya rata-rata menguasai Bahasa Arab dan mempunyai kebolehan individu menguasai pelbagai ilmu Islam. Pada suatu ketika ‘mainstream mazhab ‘spiritual Islam yang diamalkan oleh semua penduduk dewasa dipengaruhi oleh ajaran Hamzah Al-Fansuri. Sultan dan ulama yang berada ‘di sekelilingnya’ adalah penganut utama aliran spiritual tersebut. Sehinggalah datang seorang ulama’ dari Gujerat yang bernama Al-Raniri. Beliau menganut aliran spiritual Wahdatussyuhud aliran Al-Ghazaliah yang memfatwakan bahawa Al-fansuri dan pengikut-pengikutnya adalah sesat. Melalui kebijaksanaan beliau berjaya mendekati raja dan baginda mengadakan muzakarah dan debat yang berjaya menewaskan ulama’-ulama’ musuhnya. Akhirnya sultan mengisytiharkan ajaran Al-fansuri sesat dan semua pengajian ditutup dan kitab-kitab dimusnahkan. Golongan ini disingkir dan ditindas dengan teruk dan rakyat secara perlahan-perlahan menganut aliran baru spiritual Al-raniri. Tak lama datanglah ulama-ulama dari Timur Tengah yang mempunyai ketinggian ilmu spiritual ke Acheh dan menewaskan Al-Raniri yang mengakibatkan sultan dan rakyat kembali ke aliran lama.

    Di Tanah Melayu tak jauh bezanya. Golonga tua yanng merupakan ulama’-ulama’ pondok yang menguasai ‘kitab kuning’ dipandang mulia ratusan tahun lamanya. Sehinggalah wujud Golongan Muda yang diterajui Syeikh Al-Hadi bergiat cergas yang bermottokan pembebasan dari kesyirikan dan penjajah. Pengaruh golongan ini amat kuat ditambah pemodenan pendidikan Al-Barat sehingga budaya, silibus dan kefahaman aliran agama di Malaysia berjaya di’bebaskan’kan dari aliran pondok. Golongan-golonga yang masih ‘menadah’ kitab dianggap orthodoks begitu juga aliran kesufian.

    Dah panjang sangat ulasan saya..sekian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: