Khurasan dan Abu Muslim

Apabila berbicara mengenai sejarah Abbasiah nama Khurasan dan Abu Muslim pasti menjadi sebutan. Khurasan adalah nama sebuah wilayah yang meliputi beberapa negara masa kini termasuk Iran, Afghanistan, dan Asia Tengah (Tajikistan, Uzbekistan dan Turkmenistan). Khurasan ada kalanya dieja Khorasan atau pun Khorassan. Dua ejaan ini banyak digunakan oleh mereka yang berasal dari Parsi (Iran). Khurasan dalam bahasa Parsi bermaksud “the land of the rising sun”.

khorasan

Peta Khurasan

Khurasan mempunyai kaitan penting dengan sejarah Abbasiah. Di situlah tempat berlakunya pemberontakan sehingga membawa kepada penubuhan kerajaan Abbasiah. Pemberontakan tersebut berlarutan sekian lama sehinggalah kerajaan Umayyah (Khalifah Marwan II) dijatuhkan. Penentangan di Khurasan itu tercatat pada tahun 750M (lebih tepatnya pada 749M) diketuai oleh Abu Muslim. Beliau merupakan seorang mawla berbangsa Parsi. Mawla bermaksud orang bukan Arab yang asalnya belum Islam kemudian memeluk Islam. Perjuangan Abu Muslim di Khurasan sebenarnya bermula seawal tahun 747M.

Selepas terbentuknya kerajaan Abbasiah Abu Muslim dilantik oleh Khalifah as-Saffah sebagai Governor Khurasan. Beliau memegang tugas tersebut sehinggalah dilucut jawatannya oleh khalifah al-Mansur. (pengganti as-Saffah). Abu Muslim akhirnya meninggal dunia pada tahun 755M. Beliau dibunuh oleh al-Mansur yang bimbang dengan pengaruh besar Abu Muslim sehingga ditakuti menggugat pemerintahan beliau.

Sejarah mengenai Khurasan adalah amat signifikan sehinggakan ia menjadi topik perbincangan oleh banyak para pengkaji sejarah Abbasiah. Terdapat sebuah tesis kedoktoran yang telah ditulis khusus mengenai Khurasan dan kehadiran bangsa Arab ke situ. Tesis tersebut berjudul “Iranian tradition in Tus and the Arab presence in Khurasan” di Columbia University tahun 1995.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: