Bacaan Awal Abbasiah

 

Banyak buku yang boleh dibaca untuk mendapat maklumat mengenai sejarah awal Abbasiah. Buku “The Abbasid Revolution” tulisan MA Shaban adalah antara buku paling awal diterbitkan (tahun 1979/HC dan 1983/paperback).  Peperangan perluasan wilayah, perlantikan jawatan governor (amir) dan perebutan kuasa merupakan hal utama yang menjadi perbincangan kebanyakan buku sejarah Islam seperti buku yang ditulis Shaban. Beliau banyak memetik kandungan kitab klasik seperti karangan al-Tabari (Kitab Tarikh) dan Ibn A’tham (Kitab al-Futuh) yang  dikatakan sarat dengan pengkisahan peperangan dan perebutan jawatan di zaman ia ditulis. al-Tabari meninggal pada tahun 923M sementara Ibn A’tham 926M. Sayang sekali kita tak tahu membaca buku Arab.

Selain buku oleh Shaban terdapat beberapa lagi buku yang ditulis oleh penulis Islam. Kitab oleh Ibn Kathir adalah satu sumber yang patut dicari. Versi bahasa Melayu  telah diterbitkan oleh DBP. Harganya memang mahal (Rm1,200) oleh itu kalau nak baca pinjam dari perpustakaan.

Buku-buku yang di sebutkan di atas adalah buku agak lama. Perbincangannya mungkin boleh dikategori sebagai lampau walau pun berfakta. Untuk mendapatkan suatu yang lebih segar carilah buku baru yang lebih terkini. Terdapat dua buah buku yang menjadi saranan – “The reign of Hisham ibn Abd Malik and the collapse of the Umayyah” dan “The revolution which toppled the Umayyad: Neither Arab nor Abbasid”.

 khalid-blankinship

Buku Blankinship

Buku pertama itu ditulis Professor Khalid Blankinship (Temple University) tahun 1994. Profesor Blankinship adalah seorang yang telah menerima Islam dan berpengaruh dikalangan komuniti Muslim di US. Sementara buku yang kedua ditulis oleh Salih Said Agha (American U Beirut) terbitan tahun 2003.

salih-said-agha

Buku oleh Salih Said Agha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: