Kopi Gloria Jean’s

 

Kenapa nak bercerita pasal kopi Gloria Jean’s? Bukan hendak mempromosi tetapi sempena musim cuti begini salah satu aktiviti yang boleh dibuat ialah menjenguk-jenguk kompleks membeli-belah. Bukannya nak membeli sangat tetapi sekadar merehat-rehatkan minda.  Kalau dahaga boleh singgah ke cafe yang menghidang kopi berjenama seperti Gloria Jean’s dan yang seangkatan dengannya. Kopi yang dijual di tempat sebegini mungkin mahal (paling murah mungkin dalam linkungan Rm5 atau Rm6). Tapi keenakannya memang ada kelainan. Namun satu perkara yang menawan pelanggan menikmatinya adalah  keseragaman rasanya. Maknanya kat mana pun kita singgah dan beli rasanya tetap sama. Dalam dunia globalisasi konsep rasa yang seragam ini dipanggil sebagai ‘predictability‘ (dari konsep McDonaldization).

gloria-jeans-midvalley

Kiosk Gloria Jean’s

Predictability bermakna pelanggan sudah mengset dalam minda dan sedia menjangka cita rasa menu (i.e, kopi) yang bakal dihidangkan. Ini tentu berbeza halnya dengan minum kopi atau teh tarik di warung. Ada kalanya kita sudah memesan supaya teh tersebut kurang manis atau kurang gula tetapi bila siap jauh dari memuaskan. Itu belum lagi kita cerita mengenai gaya berpakaian dan sikap profesionalisma peniaga dan pekerjanya.

kopi-gloria

Salah satu menu Gloria Jean’s

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: