Laptop Murid di Terengganu

 

Kerajaan Negeri Terengganu telah membuat satu pembaharuan besar dalam bidang pendidikan dengan memberi peruntukan sebuah laptop percuma kepada murid sekolah. Buat permulaan hanya murid tahun lima sahaja yang akan menikmati pemberian tersebut. Seramai 25,000 murid sekolah (tahun lima) di seluroh Terengganu akan menerima laptop menjelang minggu pertama sekolah dibuka (Januari nanti).  Lebih mengujakan ialah laptop tersebut dilengkapi kemudahan jalur lebar (broadband connection). Projek “e-book” tersebut menelan belanja keseluruhan Rm30 juta. Satu projek yang patut dipuji kerana seluruh golongan rakyat yang akan menikmati faedahnya.

Projek tersebut akan diteruskan kepada murid tahun  4, 3, 2 dan 1 secara berperingkat. Kerajaan Terengganu juga mengumumkan sebuah kilang komputer akan didirikan di Gong Badak  untuk memastikan kejayaan projek e-book berkenaan. Kilang tersebut adalah usahasama dengan Intel Electronic dan dijangka dapat menghasilkan 10,000 laptop dalam sebulan. 

sekolah-ganu

Sebuah sekolah kebangsaan di Terengganu (sekolah terletak dalam perjalanan ke Sekayu)

Amat menarik untuk kita saksikan bagaimana projek ini diimplementasi. Bagaimana pula murid sekolah itu nanti membawa laptop masing-masing? Cukupkah pra-sarana di bilik kelas untuk penggunaan laptop yang banyak. Masalah penjagaan, keselamatan dan sebagainya. Pastinya ramai murid yang berbasikal. macam mana kalau hari hujan. Nampaknya isu tak boleh bawa handphone ke sekolah dah tak relevan lagi …

Nota: projek ini telah dirancang lama sebelum PRK P36 Parlimen Kuala Terengganu.

3 Responses to “Laptop Murid di Terengganu”

  1. Guru Hujung Dunia Says:

    Syabas dan tahniah kpd kerajaan terengganu. Singapura dah memulakan lbhkurang 1-2 tahun lps dan boleh dijadikan rujukan

    • geopractice Says:

      TQ ghd, semoga negeri lain juga mencontohi usaha tsb. Kekayaan dan kemewahan negara memang sepatutnya diagih dan dikongsi bersama rakyat jelata. Ada satu berita lain mengenai isu yang sama akan saya kongsi bersama dilain ketika. Sekadar mencambahkan ide untuk sama2 meliha apa yang berlaku dan mengambil hikmah.

  2. May Says:

    Tahniah,sy berbangga krn krajaan trganu dpt myumbang berjuta ringgit utk majukan dalam pendidikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: