Koleksi Papyri

 

Entri ini ditulis cetusan dari dua isu yang relevan dengannya – sikap malas membaca dan teknologi penerbitan zaman silam.  Isu malas membaca sering dihebohkan di media. Seluruh lapisan rakyat – tua, dewasa, muda, murid sekolah, pelajar IPT, pensyarah dikatakan malas membaca. Walau pun berbagai kempen diadakan namun perubahan belum berlaku. Isu kedua, pernahkah kita terfikir bagaimana susahnya orang di zaman silam hendak menulis (untuk orang lain membaca !).

Sebelum penciptaan kertas aktiviti penulisan dilakukan menggunakan bahan papyri. Papyri dihasilkan dari sejenis rumput yang ditanam di tempat berair dan ia dihasilkan melalui proses yang tertentu.

papyri-1

Contoh tulisan menggunakan papyri (sumber – klik link)

Kini artifak papyri masih tersimpan di beberapa muzium dan juga universiti. Koleksi paling banyak tersimpan di Vienna (i.e, Osterreichische Nationalbibliothek Vienna). Terdapat sejumlah 8000 keping papyri tersimpan di situ. Selain papyri turut tersimpan dalam arkib mereka adalah 340 parchment, 33 teks tertulis di linen dan 10 ostraca (i.e., sejenis kepingan seperti kulit kerang).

ostraca02

Contoh tulisan pada ostraca (klik sumber – link)

Terdapat banyak link yang menceritakan mengenai papyri – sejarahnya, contoh-contoh dan tidak ketinggalan tokoh-tokoh akademik yang mengkaji mengenainya. Universiti Utah di AS adalah di antara yang aktif dalam mengumpul artifak papyri dan meneruskan kajian mengenainya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: