Hotel dan buku di Kuala Terengganu

 felda-hotel-tower

Hotel Residence Felda, KT

Suasana berkempen menjelang PRK Kuala Terengganu pastinya semakin rancak. Sebagaimana biasa parti pemerintah mempunyai berbagai upacara rasmi yang diatur untuk membolehkan pemimpin negara datang dari KL. Salah satunya adalah perasmian Hotel Residence milik Felda Holding oleh TPM. Mungkin ia telah dirancang lama namun bertepatan dengan musim kempen adalah suatu yang lebih bersifat serampang dua mata. 

Hotel Residence  terletak di tepi sungai berhadapan dengan Taman Tamadun Islam. Berdekatannya adalah Hotel Seri Malaysia yang telah lama bertapak di KT.  Menurut laporan akhbar, Felda membelanjakan Rm27 juta (macam rendah kosnya tu) untuk pembinaan hotel berkenaan. Ia menyediakan satu lagi kemudahan penginapan untuk pelancungan di bandar Kuala Trengganu.

Kepada sesiapa yang ingin menginap di hotel tersebut tidak perlu bimbang tentang kedai makan kerana terdapat sebuah restoran (milik Felda juga ke?) bersebelahan hotel tersebut.

restoran-felda

Restoran bersebelahan Hotel Residence

Dari apa yang diperhatikan KT dan kawasan berhampirannya memang telah mempunyai beberapa buah hotel untuk menampung permintaan para pelancung. Namun setakat ini belum ada kompleks membeli-belah yang besar (kecuali Mydin dan Giant). Juga tidak ada sebuah pun kedai buku ternama (seperti MPH atau Popular) membuka perniagaan di KT.  Ketiadaan kedai buku besar memberi gambaran bahwa perniagaan buku bukanlah sesuatu yang dicari oleh kalangan penduduk setempat. Bagaimana pula dengan para pelajar dan staf ipt seperti Politeknik, Uitm dan UMT. Kat mana mereka nak beli buku? 

Dari sudut sosio-ekonomi pula hal tersebut menunjukkan warga KT masih ketinggalan ekonomi mereka dan kuasa membeli yang masih rendah. Ironinya wang royalti minyak sudah mengalir di Terengganu sejak 1974. Alahai ….

One Response to “Hotel dan buku di Kuala Terengganu”

  1. geopractice :: Rancang atau Kebetulan ? :: January :: 2009 Says:

    […] Perasmian Hotel Residence Felda oleh TPM. […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: