Serpihan Ummah

Apabila suatu konflik melanda umat Islam di sesuatu tempat perkara yang kerap berlaku ialah tiada bantuan segera yang tiba dari saudara Muslim tempat lain. Maka yang  dijadikan alasan adalah umat islam tidak bersatu dan sentiasa berpecah-belah.  Konflik terkini di Gaza juga menunjukkan trend yang sama. Lebih malang apabila negara jiran turut mengeruhkan suasana. Mesir dilapurkan tidak pun membuka pintu keluar masuk dari Rafah untuk membolehkan bantuan disalur masuk. Begitu juga dengan Jordan.

Berbagai maklumat boleh kita kumpul dari berbagai sumber mengenai fenomena perpecahan di kalangan umat Islam. Sejarah memaparkan berbagai sebab yang membawa kepada perpecahan. Baca dan kajilah hal tersebut sebagai iktibar.   

“Serpihan Ummah” adalah judul sebuah buku yang menyenaraikan nama berbagai puak yang berpecah dalam Islam. Oleh kerana terlalu banyak pecahan puak yang wujud maka buku tersebut terbit dalam dua volume. Volume 1 memuatkan mengenai puak Syiah dan pecahan kelompok mereka. Jumlah kelompok Syiah menjadi lebih 30 semuanya dengan nama-nama seperti Tawwabun, Sabaiyyah, Jarudiyyah, Sulaimaniyah, Butriyah dan macam-macam lagi. Nama-nama seperti Ismailiyah, Zaidiyah, Fatimiyah mungkin pernah kita kenali tetapi banyak lagi nama lain yang amat asing bunyinya.

serpihan

Buku “Serpihan Ummah”

Disebut juga dalam buku tersebut bahawa kelompok Rafidah dan Imamiyah sebagai Syiah yang keras atau melampau. Syiah Zaidiyah pula dikatakan sebagai paling hampir pegangannya dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah sehingga ‘seolah-olah’ dikira sebagai tidak terkeluar dari Islam. Begitulah pendapat pengarang buku “Serpihan Ummah” – i.e., Hj Ahmad Muhammad Abd Ghafar. Namun harus diingat itu hanya pandangan seorang pengarang bukanlah pegangan para Imam muktabar.

Berikut adalah beberapa fakta mengenai kelompok Tawwabun, Sabaiyyah, Mukhtariyah, Muhammadiyah, dan Mughiriyyah dipetik dari buku tersebut.

Tawwabun asalnya dipimpin oleh Sulaiman bin Shard Al-Khuzai. Sulaiman gugur dalam Perang Ainul iaitu satu peperangan melawan Daulah Umayyad di satu tempat bernama Ainul Wardah. Pimpinan Tawwabun kemudian diambil alih oleh Ubaidillah bin Abdullah Al-Muraisi dan seterusnya oleh Mukhtar At-Thaqafi. (Baca huraian mengenai sejarah penubuhan tawaabun dan Mukhtar At-Thakafi dari ismaili.net)

Mengenai Sabaiyyah pula namanya diambil dari tokoh Abdullah bin Saba’. Bacaan tulisan oleh adian husaini yang ada menyentuh sedikit mengenai saba’iyah serta hubungannya dalam sunnah-syiah.

Mukhtariah adalah kelompok yang mengambil nama pemimpinnya – Mukhtar bin Ubaid At-Thaqafi iaitu tokoh yang juga memimpin Tawwabun. Beliau diingati sebagai tokoh yang telah membunuh pembunuh Saidina Husin iaitu Syamir bin Zil Jusayan. Mukhtar meninggal dunia pada tahun 67H.

Kelompok Muhamadiyah mengambil nama dari pemimpin mereka iaitu dari keturunan Ali bin Abi Talib. Pemimpin yang dimaksudkan ialah Muhammad bin Abdullah bin Hasan bin Hasan bin Ali bin Abi Talib. Suatu kisah yang diingati mengenai tokoh ini penentangan beliau terhadap khalifah al-Mansur. Beliau gugur dibunuh oleh Hamid bin Qahtabah panglima perang al-Mansur yang merebut ‘pedang Zulfikar’ dari Muhammad.

Mengenai kelompok Mughiriyah pula namanya diambil dari Al-Mughirah bin Said Al-Ijli iaitu seorang penyokong kuat Muhammad bin Abdullah (kelompok Muhamadiyah).

Kesimpulan yang boleh kita ambil adalah kelompok dalam pecahan Syiah terbentuk kerana sikap ketaksuban kepada tokoh yang mengetuai mereka. Banyak lagi kelompok selain Syiah yang wujud dari perpecahan yang berlaku – Khawarij, Muktazilah, Wahhabi dan berbagai nama lain. Itu belum masuk kumpulan jemaah yang berbagai pula seperti nasionalis, kelompok sufism, salafi, hizbu tahrir, tabligh dan sebagainya.

abidin

Masjid Abidin di Kuala Terengganu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: