Kempen di KT

Musim berkempen PRK P036 dah sampai ke penghujung. Sepanjang tempoh berkempen tersebut banyak sekali berita yang dapat dikutip melaporkan berbagai program dan aktiviti sepanjang tempoh kempen tersebut. Lucu, sinis dan letih …. itulah yang dirasai apabila melihat banyaknya program dan aktiviti berlangsung di KT khususnya oleh agensi kerajaan (pastinya untuk parti pemerintah!). 

Lucu kerana melihatkan betapa terdesaknya mereka untuk mengambil kesempatan memancing sokongan rakyat melalui perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Maknanya membelanjakan duit rakyat untuk kepentingan calon parti mereka. Rasa sinis kepada kakitangan kerajaan yang nampak sangat efisien mampu mengendalikan berbagai acara dalam jangka waktu beberapa hari. Kalau di luar waktu kempen nak buat satu projek pun tentunya makan masa berminggu atau pun berbulan baru siap.  

 

bas-yt

 

Bas kepunyaan Yayasan Terengganu … pastinya antara yang paling sibuk di musim kempen

 

Berikut adalah beberapa program yang dapat disenaraikan. Tak larat nak kumpul semuanya kerana senarai terlalu panjang…. sampai letih nak taip!  

 

 

Perasmian Program Desanika anjuran Ketengah oleh Menteri KLBdanW

 

Kempen cara hidup sihat di sk pulau rusa. Program dihadiri hishamudin MP dan Dr Latiff Ahmad TM Kesihatan. Satu program sampai dua menteri yang datang. Hebat sungguh…

 

 Program Cakna Rakyat (sebuah program kebajikan) di SMK Sri Nilam Kubang Tangga KT dihadiri oleh TPM  dan Menteri  Kementerian Dr Ng Yen YenWanita. Turut melancarkan klinik bergerak lppkn

 

Program Rakan Muda Sekolah di SK Sultan Sulaiman II dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan serta Menteri Pelajaran hishamuddin

 

Program Bersama Pelanggan TNB di balai raya kuala ibai pantai yang hadir Menteri KTAKsaziman mansur dan CEO TNB

 

Majlis penerangan peluang perniagaan, penjanaan pendapatan sari skim pembiayaan tekun di rumah pangsa batas baru kt dihadiri menteri noh omar

 

Program kerjaya politeknik kota oleh menteri kpt khalid nordin

 

Majlis taklimat LPT fasa dua oleh menteri kerjaraya

 

Kempem turun harga anjuran khepdn di sabasun hyperuncit ole shahrir samad

 

Hari bertemu pelanggan kementerian asas tani – Mustapha mohd

 

Majlis perjumpaan mesra bersama imam dan bilal + majlis penyerahan cek sek agama bantuan kerajaan. Majlis dihadiri tpm, hishamudin, dan sabery cik

 

Program mesra rakyat bersama risda di balai raya kg kuala bekah dun wakaf mempelam menteri plb  

 

Majlis penyampaian anugerah khidmat cemerlang staf MPKT oleh TPM

 

Majlis pecah tanah menara dewan perniagaan melayu Malaysia terengganu oleh TPM. Hadir sama Menteri Miti (Muhyidin)

 

Majlis penyerahan cek dan pecah tanah Dewan masyarakat cina di Chabang Tiga KT oleh TPM

 

Majlis pemasyuran penukaran nama IPKT kepada IPDRI dan nama SMK Bandar kepada SMKDRI oleh TPM

 

Majlis pelancaran wajah baru restoran A&W Batu Buruk, KT oleh Shahrir Samad

 

aw

 

Restoran A&W Batu Buruk …kat tempat ini pun sempat berkempen!

 

Nak baca pun letih …..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: