Tokoh Islam Czech

Maklumat yang dipaparkan oleh majalah Al-Islam keluaran Januari antara lainnya adalah mengenai tokoh Islam di Republik Czech -Mohammed Ali Shilhavy. Beliau merupakan kelahiran Trebic kini sudah berusia lebih 90 tahun dan memeluk Islam pada tahun 1937 ketika usia 20 tahun. Pada tahun berikutnya 1938 beliau mempelajari Islam di Universiti Al-Azhar tetapi terpaksa segera pulang ke Czech kerana tercetus perang. Shilhavy mula mengenali Islam melalui sebuah terjemahan Al-Quran yang dibelinya dan mula tertarik dengan Islam sejak tahun 1934.

shilhavy

Mohammed Ali Shilhavy (sumber – klik).

Turut kelihatan dalam gambar ialah Imam Masjid Brno Munib Hassan Al-Rawi (klik sini)

Sumbangan besar Shilhavy adalah usahanya membina dua buah masjid iaitu di Brno (bandar kedua terbesar) dan di Prague. Masjid Brno dibuka pada 1998. Sambutan 10 tahun masjid brno di adakan baru-baru ini. Terdapat kira-kira 50,000 Muslim mendiami Republik Czech. Islam menerima pengiktirafan rasmi sebagai agama di Czech bermula tahun 2004.

brno-mosque

Masjid Brno (sumber – klik)

Dalam perkembangan lain sentimen islamofobia terus menghantui masyarakat Barat. Masjid Brno turut menjadi sasaran serangan kumpulan yang tidak senang dengan Islam. Baca laporan tersebut di sini dan di sini. Bagi mendapat sedikit latar belakang Islam di Czech baca di sini (fail pdf). Namun harus diingat laporan ini ditulis dengan sentimen islamofobia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: