Mu’tazilah – Tokoh dan Khalifah

Pada setiap Rabu malam datang Ustaz ke surau untuk menyampaikan kuliah Tauhid. Sekarang sudah masuk ke topik ‘aqidah yang batil’ dan beliau mulai dengan Mu’tazilah. Buat permulaan beliau menyebut mengenai asal-usul wujudnya Mu’tazilah iaitu kisah perdebatan di antara Wasil bin Atta al-Ghazzal dengan gurunya Imam Hassan al-Basri. Ekoran perdebatan tersebut Wasil bersama beberapa pengikutnya memisahkan diri mereka dari kumpulan pengajian Imam al-Basri dan mereka di namai sebagai Mu’tazilah. Peristiwa tersebut berlaku pada zaman pemerintahan khalifah Abdul Malik bin Marwan (baca di sini).

Selain Wasil terdapat beberapa nama lain yang menjadi tokoh kepada Mu’tazilah. Antaranya adalah Amr ibn Ubayyad (m.762) – ada yang mengeja namanya sebagai Amru, Abul Hudhayl al-Allaf (m.849), Ibrahim an-Nazzam (m.845), Mu’amar bin Abbad al-Jubay (m.933). Kesemua tokoh berkenaan berpusat di Basrah. Ada seorang tokoh lagi iaitu Bishr bin al-Mu’tamir (m.825) dan Abu Ali al-Jubbai (m.915)  tetapi mereka berpusat di Baghdad (baca di sini).

Pegangan Mu’tazilah mendapat sokongan dari beberapa khalifah Abbasiah bermula dari al-Ma’mun. Beliau mempelopori peristiwa yang dipanggil mihna (inquisition). Mihna dimulai beberapa bulan sebelum kematian al-Ma’mun pada tahun 833m. Mu’tazilah diteruskan oleh dua khalifah selepas al-Ma’mun iaitu al-Muktasim (833-842) dan al-Wathiq (r.842-847). Apabila khalifah al-Mutawakkil menggantikan al-Wathiq beliau mengakhiri mihna dan juga menolak Mu’tazilah. Sedikit catatan berkaitan boleh baca di sini.

Menurut buku “Serpihan Ummah” Mu’tazilah turut berusaha mendekati kerajaan Umayyad pada zaman Walid bin Yazid. Beliau dikatakan sebagai menerima fahaman Mu’tazilah. Begitu juga dengan Khalifah Marwan bin Muhammad. Baca m/surat 63 buku tersebut – Vol 2.

Data yang sama juga boleh di temui dari buku “Islamic thought and its place in history” oleh De Lacy O’Leary. Beliau menulis bahawa Khalifah Yazid II cenderung menerima fahaman Qadariyah (m/s 85). De Lacy juga menyebut bahawa Imam Hassan al-Basri sebagai berfahaman Qadariyah (m/s 86). Ini suatu hal yang perlu disemak faktanya kena tanya para ustaz! Buku tulisan De Lacy ini mulanya terbit tahun 1939 dan diulang cetak pada 2001.

masjid-daya

Masjid baru Taman Daya JB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: