Tokoh agama tempatan Bg Datoh

kiai

Ulama Nusantara – Kiai Yasin Thoha

Rasa amat kagum setiap kali membaca kolum ‘Ulama Nusantara’ yang tersiar dalam akhbar sisipan UM (i.e., Mega). Kolum tersebut menyiarkan maklumat biografi mengenai tokoh ulama silam nusantara hasil kajian oleh Allahyarham Wan Saghir. Walau pun Allahyarham telah kembali ke pangkuan Ilahi namun kolum tersebut masih hidup dengan limpahan peninggalan kajian beliau.

Pada minggu lalu ruangan tersebut menyiarkan mengenai tokoh agama Kiai Mohd Yasin Thoha Al-Bakri dari Bagan Datoh Perak. Kiai Mohd Yasin telah meningal dunia pada tahun 1978 dan dikebumikan di kampungnya – Kg Sungai Batang Baruh. Selain Kiai Mohd Yasin terdapat beberapa tokoh agama setempat (i.e., di Bagan Datoh) yang sama-sama seangkatan dengan Kiai yang menjadi rakan seperjuangan beliau. Mereka adalah Tuan Guru Dato’ Haji Ghazali (Batu 26), Tuan Guru Haji Abdul Rahman (Teluk Penikam), Tuan Guru Kiai Radin Haji Siraj (Sg Nipah Darat), Tuan Guru Hj Abdullah (Sg Nipah Baroh), Tn Guru Hj Abbas (Sg Tiang Darat), Tn Guru Hj Masduki,  Tuan Guru Hj Radzi (Selekoh), Tuan Guru Sheikh Hj Arshad (Batu 20), Tuan Guru Hj Adnan (Tg Bayan) dan Tuan Guru Sheikh Zubir (Kuala Kangsar).

Kini perjuangan mereka disambung oleh diwarisi oleh anak-anak dan generasi kedua tokoh berkenaan. Madrasah Tn Guru Hj Ghazali Batu 26 di sambung oleh Tn Hj Hashim Anang (menantu), Kiai Yasin Thoha diwarisi anaknya Hj Mohd Arif Zaki, Tn Hj Masduki pula diteruskan oleh anaknya Ustaz Misbahul Munir (Setiausaha Politik YAB MB Perak).

tk-penikam

Tanah perkuburan Kg Teluk Penikam Bg Datoh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: