Pelobi Yahudi Indonesia

Indonesia terkenal sebagai negara dengan penduduk Islam paling ramai di dunia iaitu melebihi 220 juta. Namun begitu komuniti Islam di sana diwarnai berbagai aliran dan pemikiran. Salah satu komuniti yang sering menimbul kontroversi ialah kelompok Islam Liberal (IsLib) dan yang sealiran dengannya. Banyak laporan dan sanggahan mengenai mereka yang boleh kita baca dalam media cetak dan juga elektronik. Salah satu sumber maklumat yang bagus ialah laman hidayatullah.com iaitu sebuah laman bercorak Islam ahli sunnah. Hidayatullah sering memuatkan berbagai artikel yang menyerang kebejatan pemikiran Islib.

Selain IsLib terdapat sebuah lagi organisasi yang sealiran dengan mereka iaitu LibForAll.  IsLib dan LibForAll menjalankan aktiviti secara agak agresif. Mereka kelihatannya mendapat sokongan dalam bentuk dana yang disumbangkan dari luar Indonesia. IsLib umpamanya banyak mendapat dana dari Ford Foundation sementara LibForAll menerima sumbangan dari kelompok Zionis. Pada tahun 2007 LibForAll pernah mengadakan sebuah seminar di Bali. Seminar tersebut antara lain memperingati peristiwa holocaust dan mempromosi pemikiran pluralism dan toleransi beragama. Gus Dur adalah tokoh yang telah dijemput untuk meresmikan persidangan berkenaan. LibForAll juga telah membawa lima tokoh melawat Israel secara resmi. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa LibForAll berperanan sebagai pelobi Yahudi di Indonesia. Bacalah artikel di hidayatullah untuk mendapat maklumat yang berguna tentang bahaya yang dibawa oleh IsLib dan LibForAll. Di negara kita beberapa artikel dari hidayatullah turut disiarkan oleh akhbar Siasah. Sebuah lagi sumber yang banyak artikel mengenai kebobrokan IsLib adalah tulisan adianhusaini (kini agak kurang aktif kerana kemaskini terakhir bertarikh Mac 2008). Namun begitu adian husaini masih meneruskan kolum peribadi beliau – catatan akhir pekan – di hidayatullah.

masjid-guchil-kuala-krai

Sebuah masjid di Pekan Guchil, Kuala Krai Kelantan

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: