Hari Buku Sedunia

Tarikh 23 April pada setiap tahun telah diiktiraf ole Unesco sebagai Hari Buku Sedunia. Ada sebab kenapa tarikh tersebut yang dipilih. Membaca rencana yang berjudul Memberi Makna Buku yang ditulis oleh Mohd Khuzairi Ismail, beliau menyebut bahawa tarikh 23 April dipilih untuk memperingati dua tokoh penulis tersohor dunia. Tokoh tersebut adalah William Shakespeare (lahir pada 23 April 1564) dan Miguel de Cervantes. Kedua-dua penulis ini meninggal dunia pada tarikh yang sama iaitu 23 April 1616. William Shakespeare sering kita dengar namanya tetapi ramai agaknya yang mengaku jarang mendengar malah tak tahu pun mengenai ketokohan Miguel de Cervates

Sempena Hari Buku Sedunia sepatutnya banyak aktiviti yang boleh diadakan untuk mempromosi tabiat membaca. Namun kita lihat hal tersebut tidak berlaku di negara kita. Cuma Pesta Buku Antarabangsa KL sahaja satu-satunya agenda besar yang mendapat perhatian umum. Lain dari itu mungkinlah aktiviti setempat anjuran perpustakaan awam di beberapa bandar. Itu pun kalau ada!

Berbeza halnya dengan penganjuran acara penganugerahan juara lagu ke, artis popular ke atau jom heboh. Acara-acara sedemikian akan sentiasa subur dan di bawa ke merata tempat hatta pekan kecil sekali pun sebagai budaya.

visi-06

Majalah Visi koleksi 2006

Dalam kunjungan ke PBAKL tahun ini sempat juga mengunjungi booth Ikim. Majalah Visi dijual murah. Edisi tahun 2006 boleh dibeli pada harga Rm6. Banyak juga topik menarik yang boleh dibaca. Antaranya mengenai pendermaan organ, teknologi forensik, buku elektronik dan teknologi pertanian.

visi-99

Majalah Visi terkini (Bilangan 99)

– – – – – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: