Isu Anak Saudara Baru

Kuliah maghrib pada setiap malam Rabu yang disampaikan oleh ustaz dari Pejabat Mufti amat menarik kerana sering membincangkan hal-hal terkini. Pada kali ini beliau menyentuh satu isu semasa yang sedang hangat iaitu persoalan mengenai anak kepada pasangan bukan Muslim yang salah seorang mereka memeluk Islam. Kes  terbaru ialah mengenai Muhamad Ridzuan Abdullah dari Perak. Beliau asalnya beragama Hindu dan telah  memeluk Islam. Isterinya kekal beragama Hindu dan mereka berdepan masalah penjagaan tiga orang anak. 

Pada minggu lepas kabinet telah mengambil keputusan berkaitan hal sebegini. Namun apa yang diputuskan oleh kabinet telah dipersoal pula dari sudut syarak. Malah para agamawan termasuk para Mufti juga mahukan isu tersebut dibincang semula.

Ustaz yang mengajar telah memberikan beberapa pandangan terhadap isu berkenaan. Antara perkara penting yang beliau sebutkan ialah;

– sekiranya salah seorang ibu-bapa telah memeluk Islam maka anak kecil mereka dengan sendirinya diterima sebagai Islam. Tidak kira sama ada yang memeluk Islam itu bapanya atau ibunya. Sekiranya bapa yang memeluk Islam maka kesnya adalah lebih kuat. Beliau menyebut perkara sebegini menjadi pegangan mazhab Syafie.

– ada ruang yang membenarkan penjagaan diberi hak kepada ibu (sekali pun ibunya tidak memeluk Islam). Namun ibu mesti menuruti beberapa syarat . Pertamanya menyediakan makanan halal bagi anak tersebut dan tidak melakukan perkara yang boleh menyebabkan anak cenderung kepada agama asal ibu. 

– memberi hak kepada anak tersebut untuk memilih agama yang ia suka apabila sampai umur yang dikira sesuai. 

 damansara-alif

Surau Taman Damansara Alif 

– – – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: