Pusat Pentadbiran Nusajaya

Projek membangunkan pusat pentadbiran negeri Johor sedang giat berjalan di Nusajaya. Beberapa buah bangunan komplek pentadbiran tersebut sudah pun siap. Upacara perasmian komplek pentadbiran telah disempurnakan oleh Sultan Johor. Bersempena upacara tersebut maka kompleks berkenaan telah dinamakan Kota Iskandar. Kerja pembinaan tersebut dijalankan oleh UEM Builders iaitu sebuah anak syarikat milik UEM.

signage kota

Signage Komplek Kota Iskandar

Perjalanan menuju Nusajaya mengambil masa lebih kurang 45 minit dari pusat bandar JB. Kalau dari Tampoi mungkin lebih singkat dalam 20 minit. Perjalanan adalah melalui Taman Perling dan memasuki laluan Link Kedua dan keluar di exit Gelang Patah.

blok 1

Salah sebuah blok – mungkin menempatkan Dewan DUN

blok 2

Salah sebuah blok masih dalam pembinaan

blok siap

Sebuah blok yang sudah siap dan mungkin sudah beroperasi

Projek membangunkan Nusajaya dijalankan oleh UEM Land dan melibatkan lima komponen utama iaitu – pusat pentadbiran, projek marina Puteri Harbour, pusat perniagaan berasas perubatan, pusat pendidikan tinggi dan kompleks kediaman. Ia dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2025.

puteri harbor

Signage projek marina – Puteri Harbour

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: