Nama Tuhan Mereka

Baru-baru ini kita dihebohkan dengan permintaan puak Katolik di Sabah untuk menggunakan nama Allah sebagai Tuhan dalam bahan penerbitan mereka. Permintaan tersebut telah ditolak oleh Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri. Namun mereka membuat rayuan melalui mahkamah dan belum ada keputusan mengenainya. Persoalannya kenapa mereka beriya sangat mahu menggunakan nama Allah?

Mereka pastinya sudah mengkaji mengenai siapa Tuhan, siapa Allah, siapa Tuhan dalam Islam dan siapa Allah dalam Qur’an. Para pengkaji agama dari golongan Kristian dan Yahudi rata-ratanya telah membuat kajian yang mendalam tentang aspek agama. Tidak hairan kalau mereka mengetahui Islam lebih dari apa yang kita tahu. Tetapi Allah tidak memberi hidayah kepada mereka maka ilmu yang ada kekal sekadar pengetahuan tanpa tauhid.

Lucy

Welcome to Islam: A convert’s tale

Berbalik kepada soal nama Allah ada terbaca dalam sebuah buku yang menyenaraikan nama Tuhan dalam berbagai kitab. Buku tersebut ditulis oleh seorang wanita Muslimah Barat yang memeluk Islam pada awal tahun 1992. Beliau bernama Lucy Bushill-Matthews menulis buku berjudul “Welcome to Islam: A convert’s tale“. Baca cerita beliau memeluk Islam di Masjid Regent Park  London (di sini). Bagi orang Barat kebiasaannya mereka banyak membaca dan membuat perbandingan agama sebelum mengambil keputusan memilih Islam. Lucy dalam bukunya menyenaraikan nama Tuhan seperti berikut (berdasarkan banyak sumber termasuk kajian antropologi);

Netjer (bagi puak Ancient Egypt); Nhialic (bagi puak Sudanese Dinka); Deus (bagi orang Latin); Dios (dalam bahasa Sepanyol); Gott (dalam bahasa German); Elohim (panggilan dalam Kitab Hebrew); Alaha (nama dalam bahasa Aramaic dan Syriac yang digunakan oleh Kristian Ortodoks di Tanah Arab). Selain nama-nama tadi puak Yahudi dan Kristian di negara Arab juga menggunakan nama Allah. Atas dasar inilah agaknya puak Katolik tersebut memberikan justifikasi permintaan mereka.

surau r&r

Surau di R & R Gua Musang

– – – – –

Nota: Sedikit maklumat tambahan mengenai Lucy – beliau adalah alumni City University, London dengan ijazah MSc dalam Economic Evaluation in Health Care tahun 2003. Baca di sini.

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: