Dawam Rahardjo

Mengikuti perkembangan Islam Liberal di Indonesia akan menemukan kita nama banyak tokoh yang mendokong secara langsung kegiatan kumpulan berkenaan. Kita harus mengambil tahu mengenai IsLib dari negara jiran itu kerana apa yang berlaku di sana terpercik juga ke M’sia. Banyak buku yang telah ditulis oleh para pengkaji yang menjelaskan mengenai kebobrokan IsLib. Para ulama tempatan negara kita turut menyeru supaya pemikiran IsLib dikekang kerana ia boleh mengancam akidah. Persatuan Ulama M’sia adalah antara yang terkedepan menyuarakan kegusaran tentang ancaman IsLib.

Bacalah buku 50 Tokoh Islam Liberal di Indonesia untuk mengetahui siapakah pendokong IsLib. Mengenali siapa tokoh IsLib adalah perlu kerana sesetengah tokoh tersebut merupakan agamawan dan pengarang kitab yang mungkin kitabnya terjual dan malah mungkin kita miliki. Salah seorang tokoh yang disenaraikan adalah M Dawam Raharjo (atau mungkin dieja Rahardjo).

M Dawam Raharjo – M itu ada yang menulis sebagai Mohamad (1942 -) adalah lulusan ekonomi dari Universitas Gadjah Mada. Beliau merupakan tokoh pelopor ICMI – Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia. Dawam adalah penyokong setia Nurcholis Madjid (tokoh utama IsLib). Dawam dan Nurcholis bergerak aktif sebagai pemikir bersama Djohan Affendi dan juga Gusdur dalam gagasan yang akhirnya membawa kepada tertubuhnya pemikiran IsLib di Indonesia.  Dawam adalah tokoh yang bersikap pluralis dan turut menjadi promoter dan pembela aliran sesat Ahmadiyah (yang di pimpin oleh Tahir Ahmad). Beliau juga mengusaha terbitnya buku kontroversi Pergolakan Pemikiran Islam: Catatan Harian Ahmad Wahid. Buku tersebut di edit oleh Djohan Effendy selepas kematian Ahmad Wahid.

Profesor HM Rasjidi (seorang agamawan tulen menentang IsLib) sering mengkritik gagasan yang dibawa oleh kumpulan ini. Rasjidi lebih kritikal terhadap Nurcholis yang dilihat sebagai ketua kelompok tersebut. Seorang lagi tokoh IsLib yang banyak menulis buku adalah Profesor Siti Musdah Mulia.

MIP_456

Masjid Sultan Ismail Petra, Mukim Banggol, Kota Bahru Kelantan

– – – – –

Beberapa kritikan terhadap Dawam boleh di baca contohnya ulasan kenyataan beliau “Islam sebaiknya dilarang saja” – swaramuslim. Baca artikel panjang tulisan Hartono Ahmad Jaiz (banyak menulis buku mengenai sesatnya IsLib) mengenai Dawam sebagai menjunjung Marxis dan Kristen sambil mengecam Islam – sayno2jil. Sebuah artikel dari Belanda mengenai mengapa pemikir IsLib tidak mendapat tempat di Msia.

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: