Hukum Sebat di Maldives

Mahkamah di Maldives telah mula menguatkuasa pemakaian hukum sebat kepada pesalah zina.  Dalam satu kes, seorang gadis pesalah berusia 18 tahun dilapor telah menjalani hukum sebat 100 kali. Hukum tersebut dijalankan secara terbuka dengan diperhati oleh orang ramai pada awal Julai. Yang menjadi persoalan adalah pesalah lelaki pasangan tertuduh tidak pula terhukum (atau mungkin belum dihukum). 

Perkembangan mengenai hukuman tersebut mendapat perhatian dunia lebih-lebih lagi oleh pihak amnesty dan juga pihak Barat. Mereka pastinya mendakwa hukuman tersebut sebagai berlebihan dan bertentangan dengan hak asasi manusia. Antara yang menyuarakan bantahan adalah Abbas Faiz dari Amnesty International (berasas nama beliau adalah Muslim).  Baca laporan Amnesty di sini. Namun begitu Farah Faizal (Duta Maldives ke Britain) mempertahankan keputusan negaranya sebagai menurut syariah.

Pemakaian hukum syariah mula diperkuat setelah rakyat Maldives memberi kemenangan kepada Mohammed Ani Nasheed dalam pilihan raya Presiden. Nasheed menamatkan era pemerintahan diktator bekas Presiden sebelum beliau. 

Masjid Seri Iskandar 

Masjid Daerah Perak Tengah di Bandar Baru Seri Iskandar

– Foto tiada berkaitan dengan Maldives namun diletak sekadar tatapan umum –

– – – – –

One Response to “Hukum Sebat di Maldives”

  1. Burn Says:

    patut la masjid tu macam pernah nampak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: