Para Orientalis sememangnya diakui sebagai golongan Barat yang memfokus aktiviti mereka kepada pengkajian mengenai hal-hal ketimuran termasuk agama Islam. Mereka mengkaji dan membuat penyelidikan mengenai Islam untuk berbagai matlamat. Secara umum objektif utama para orientalis tersebut adalah untuk mencari kesalahan dan memberi imej negatif terhadap Islam. Ustaz Mohd Fikri menyenaraikan lima matlamat utama para orientalis iaitu – keagamaan, keilmuan, ekonomi & perdagangan, politik penjajahan, dan yang kelimanya kebudayaan. Ustaz Fikri banyak mengkaji mengenai orientalisme dan menyediakan sebuah blog khusus mengenai orientalisme – minda orientalis.
Dalam keghairahan para orientalis mengkaji dan mencari kelemahan Islam terdapat sebahagian mereka yang ikhlas dengan keilmuan yang mereka gali. Malah ramai pula yang akhirnya menerima dan memeluk Islam. Antara nama besar orientalis yang menerima Islam adalah Marmaduke Pickthall (warga British), Henri Leon berasal dari German (nama Muslim beliau Harun Mustafa Leon) dan pelukis terkenal bangsa Perancis Alphonse Etienne Dinet (Nasiruddin Dinet).
Masjid Kampung Geliga, Kemaman
Mohammed Marmaduke Pickthall (April 7, 1875 – Mei 19, 1936) adalah seorang novelis dan memeluk Islam pada tahun 1917 di London. Sumbangan besar beliau adalah menterjemah Al-Quran ke bahasa Inggeris (The Meaning of Glorious Quran). Baca artikel mengenai beliau menerima Islam di sini – jurnal koinonia tahun 2004.
– – – – –
September 21, 2009 at 9:51 am |
[…] Baca sedikit biografi Thomas Arnold di sini – wikipedia dan encyclopaedia iranica. Dalam kedua-dua catatan tersebut tidak pula menyebut yang beliau pernah memeluk Islam walau pun mengkaji Islam sekian lama. Di antara Orientalis lain yang akhirnya memeluk Islam adalah Pickthall (Warga British), Henri Leon (warga German) dan Etienne Dinet (warga Peranchis). Baca di sini. […]