Imam az-Zahabi

Beberapa nama Imam besar telah dimuatkan dalam entri yang lepas seperti Ibnu Qayyim Jauziyyah, Asy-Syatibi dan Ibnu Kathir. Kali ini mari kita kenali seorang lagi Imam besar zaman silam iaitu Imam az-Zahabi. Menurut sebuah artikel di al-fikrah Imam az-Zahabi lahir pada tahun 673H/1274M. Beliau merupakan anak kelahiran Turkmenistan (namanya ada juga gelaran al-Turkmani) dan menuntut ilmu di Syria, Mesir dan Hijaz. Di antara guru beliau adalah Imam Ibnu Taimiyah dan anak murid beliau pula termasuklah Ibnu Kathir.

Imam az-Zahabi juga banyak menulis kitab. Salah satu yang masyur adalah Siyar A’lam An-Nubala. Kitab ini ada terjemahannya dalam bahasa Melayu – Perjalanan Hidup Orang-Orang Mulia. Baca sedikit ulasan mengenai kitab berkenaan di sini – taman ulama.

Nama penuh beliau adalah Muhammad ibn Ahmad ibn ‘Uthman ibn Qaymaz ibn ‘Abd Allah, Shams al-Din Abu ‘Abd Allah al-Turkmani al-Diyarbakri al-Fariqi al-Dimashqi al-Dhahabi. Panjang sekali namanya (petikan dari wikipedia). Imam az-Zahabi wafat pada tahun 748H/1348M di Damsyik dan dimakamkan di Bab as-Shaghir.

Ubudiah

Masjid Ubudiah Bukit Chandan Kuala Kangsar

– – – – –

One Response to “Imam az-Zahabi”

  1. Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah (d.1350) | geopractice Says:

    […] antara ulama yang sezaman dengan beliau adalah al-Imam al-Zahabi (meninggal 748H/1347) [baca entri geop 2009] dan Imam as-Syatibi (meninggal […]

Leave a comment