Kenali Santorini

Akhbar The Star ada menerbitkan sisipan ‘Travel Guide dan dalam satu keluaran memilih Santorini sebagai highlight. Santorini merupakan sebuah pulau tarikan pelancung terletak di Greece. Mampukah kita melancung ke situ? Rata-ratanya rakyat marhaen M’sia jarang melancung sampai ke Eropah. Kalau mampu pun mungkin setakat destinasi yang dibawa oleh Air Asia seperti ke Vietnam, Macau, dan beberapa bandar sekitar Indonesia.

Star_Santorini

Star Travel Guide – Santorini

Itulah realiti taraf hidup dan kuasa membeli rakyat terbanyak. Dengan gaji yang tidak seberapa walau pun pada taraf jawatan kumpulan A mana mampu melawat ke tempat yang jauh. Berbeza dengan taraf hidup masyarakat Eropah yang ramai melancung sampai ke negara kita. Sedangkan sesetengah pelancung Eropah itu cuma pelajar kolej atau universiti. Namun sudah mampu berbelanja melawat negara luar sampai ke Asia.

Santorini sebuah pulau pelancungan yang terkenal kerana kesan letupan gunung berapi yang berlaku lama dulu. Bangunan yang terdapat di Santorini memukau pemandangan kerana senibina yang amat unik. Kebanyakan binaan tersebut di cat putih dan biru. Gempa bumi yang paling terkini berlaku di Santorini pada akhir Jun lalu (26 Jun 2009) dengan kekuatan 5.1 Richter (baca laporan Reuter).

santorini1

Pemandangan menarik Santorini

santorini2

Sebuah kafe di Santorini

(Perhati tahap kebersihan yang amat terjaga. Tiada sampah yang kelihatan sama ada di jalanraya mahu pun di sekitar kafe tersebut. Perhati juga kanopi kafe yang warna kuning. Memang bersih. Begitulah sepatutnya tempat tarikan pelancung)

Santorini di diami penduduk yang majoriti beragama Kristian Orthodoks. Boleh kata di setiap rumah mereka  mendirikan chapel. Fenomena sebegitu adalah satu yang unik di Santorini.

santorini chapel

Chapel  dibina merata tempat

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: