Burka, Tantawi dan Azhar

Syeikhul Azhar, Tantawi telah mengeluarkan arahan mengharamkan pelajar perempuan dari memakai Burka di Universiti Al-Azhar. Beliau menyebut antara lain bahawa burka sebenarnya tiada kena mengena dengan Islam. Ia lebih kepada budaya Arab zaman sebelum Islam.

Burka kian mendapat sambutan di Mesir di mana semakin ramai wanita memakainya. Sesetengah pihak melihat arahan Tantawi sebagai menyetujui saranan pihak berkuasa Mesir menyekat sokongan terhadap Islam fundamentalis.

Sementara itu di Kanada sebuah organisasi Islam –  The Muslim Canadian Congress – meminta pihak berkuasa di Kanada mengharamkan pemakaian Burka. Gesaan tersebut disuarakan oleh seorang pengasas MCG Tarek Fatah. Beliau juga menyebut bahawa Burka bukanlah syariat Islam sebaliknya suatu yang bersifat medieval dan simbol ekstremism. Pendapat sama disuarakan oleh Mohamed Elmasry, mantan Presiden Canadian Islamic Congress. Gesaan berkenaan disuarakan ekoran beberapa kes di mana lelaki memakai Burka telah merompak bank di North Carolina, di Toronto dan juga di UK.

Di dalam negara, TG Nik Aziz turut bersetuju dengan pendapat Tantawi mengenai Burka. Beliau sendiri menerima keperluan mengharamkan Burka lebih-lebih lagi bila ada kes orang mengambil kesempatan memakai Burka ketika melakukan jenayah.

burqa

Wanita dengan Burka – pasti ke wanita?  (sumber – runninginheels)

Baca juga artikel mengenai Muslim Denmark dan Burka di sini – buffalostate.edu

– – – – –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: